Macam-Macam Adaa..

Jumaat

Coretan hari Jumaat


Dear diary,


Lama sangat tak buat coretan di sini. Cerita-cerita terkumpul dan perkara-perkara rawak yang muncul di minda semasa memandu dalam perjalanan pergi dan balik kerja memang banyak. Hari Jumaat, penghulu segala hari, semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Mengambil masa rehat yang agak lama di hari Jumaat, aku mahu mula bercerita. 

Allahuakbar. 
Rindunya aku pada arwah bapak hari ini.  Ahh..macam mana nak aku teruskan menaip coretan ini tanpa di hujani air mata. Perginya bapak meninggalkan satu lohong kosong dalam hidup aku dan kami sekeluarga tapi seumpama membuka lembaran baru untuk aku. Aku mulai berfikir, bagaimana rasanya di cabut nyawa? Bagaimana keadaan kita sesudah dimasukkan ke liang lahat? Bagaimana kita lancar atau tidak menjawab segala soalan di alam barzakh nanti? Apakah amalan yang boleh aku bawa sebagai pelindung aku di sana? 

Bapak masih hidup di hati aku. Menjadi idola seumur hidup aku. ~cry~

Entah, sudah banyak aku coretkan, tapi akhirnya aku memilih untuk menyimpan agaknya? Belum bersedia untuk bercerita rasanya. Aku kini mahukan hidup yang mudah. Tidak mengejar yang tidak pasti. Betapa aku sedar hidup di dunia ini hanyalah sementara. Aku mulai sedar, hidup ini adalah tempat di mana manusia perlu mengumpul bekalan untuk akhirat, seperti kita pergi kerja hari-hari adalah untuk mendapatkan gaji di hujung bulan. Tapi kita semua masih lewa masih alpa masih bercanda. 31 tahun aku hidup rasanya banyak berbuat perkara sia-sia dan banyak mengumpul dosa. Apa sebenarnya hidup ini? Pergi kerja untuk apa? Duit gaji. Duit gaji untuk apa? Bayar bill dan berbelanja. Bayar bill dan berbelanja untuk apa? untuk apa berbelanja? Untuk kesenangan waktu tua. Senang waktu tua untuk apa? Apa matlamat hidup kita sebenarnya? Belajar pandai-pandai untuk dapatkan kerja bagus-bagus untuk dapat gaji besar untuk beli rumah besar untuk beli kereta mahal untuk beli handbag LV untuk beli gelang emas untuk apa? Bercinta dengan si dia untuk berkahwin untuk berkasih sayang untuk hidup bersama-sama membina rumah tangga mendapat anak membesarkan anak, memberi pendidikan untuk apa? Ibu bapa di rumah kau beri duit belanja kau bawak berjalan merata kau beri kesenangan untuk apa? 

Aku mahu hidup aku kini mudah. Aku niatkan segala perkara semata-mata mendapatkan redha Allah S.W.T. Bersangka baik dengan perancanganNya dalam kehidupan kita. Segala-galanya dalam kehidupan ini adalah pinjaman. Emak, Bapak, adik beradik, suami, anak-anak, rumah, kereta, nasi yang kita makan, kaki yang kita berjalan, udara yang kita bernafas semuanya bukan kita punya. Doa sama-sama kita semua dapat masuk ke tempat asal manusia, Syurga Allah s.w.t.


Al-Fatihah 
Haji Abdul Wahab bin Haji Yun
2 Feb 1930 - 27 Mac 2017
..and I knew that he is doing good there..












Free Market Seremban 4.0

Jemput datang!












Free Market Seremban 4.0 
Masjid At-Taqwa Paroi
29 Januari 2017

Ahad

Weekends Activities


Sabtu yang lepas suami aku balik awal dari site. Balik-balik bertanya pulak, "You tak nak pergi mana-mana ke? Awal lagi ni. Jom lah." 

Yes, actually I have planning to go to to few places. So that day I've decided to go to Ikea Damansara. I bought a few things only for my house and rumah Jiboi. Niat nak mencari pendakap (bracket) untuk buat para sebab SIL aku cakap situ murah. Entahlah, aku jarang nak belek barang kat sana. Pergi pun setahun sekali. Ada yang mahal ada yang murah. I bought 2 pairs made from iron. Planning nak pasang di stor belakang. Nak susun apa yang boleh dan kemas-kemas. 

Rasanya selalu sangat dah aku kemas, end up bersepah jugak T__T 




I bought 2 pairs of this. Each pair cost RM19.80.

Ada banyak choices dan berbeza dari segi material dan harga jugak.
Ihsan Google

Aku nak carik Tempat leh gantung baju dan letak barang. Tak dapat bayang? Camni.


Carik punya carik tak jumpa pulaks. Duhh.. Last-last jumpa this piece of thing pulak.



Contoh kalau dah pasang kat dinding. Comey jugak kan. 

Sebaik murah, RM20 sahaja. I bought 4 untuk semua orang, kiriman adik beradik pompuan dan SIL. hehehe.. Apa yang aku carik kat IKEA ni sebenarnya? Apa-apa yang aku rasa murah dan berbaloi. Terasa tercabar keDIYan aku bila datang ke IKEA. Barang-barangnya simple, cantik, style, berguna dan ada yang murah dan ada yang mahal. Entahlah. Aku rasa medium range macam aku ni bukan IKEA tempat aku. Aku suka barang dia. Smart and simple tapi aku ukur baju di badan sendirilah. Aku lah. Living in a city where you need to pay for every road you pass thru and the price of this and that, the parking fee...urghh.. 

Mula-mula aku jejak ke sini masa zaman belajar where my housemate always went there semacam IKEA itu pasaraya Tesco. Eh, ko beli plug, la bakul sampah la ape ke benda semua kat situ? Aku pergi dan aku pulang. Bila aku pegang itu pegang ini, eh, aku boleh je DIY sendiri. Tapi....kemalasan tu lah yang buatkan hasrat terkubur. Hahaha.. Kesimpulannya? Aku kena jimat. Mana boleh beli kat kedai RM2, belilah di kedai RM2. Aku kena kreatif dan rajin. Pegang pada kata-kata "Reduce, Reuse, Recycle" . YES I WILL...!! 

Lepas tu ramai sesaje aku tengok orang membeli sana-sini. Eh kata ekonomi merudum. Asal berbelanja macam there is no tomorrow? Pentingnya sedar diri wahai pembaca. 
Akhirnya, apa yang aku beli? Bracket (without the wood-mahai kot sekeping. Carik kat hardware jek ok), penggantung baju, diner plate 6pcs each cost RM2.90 (cos I don't have any proper diner plate..tssk), fresh zip bag dan utensils tin (tahan karat). Tak sampai 100 pun. Good huh? Sebelum sampai cashier aku letak semula lampu hiasan, frame gambar, dan batalkan niat membeli lemari rak besar 6 tier yang hanya RM190. Rugi je kan tak amik? Yeke? Aku betulkan niat, "Letaklah balik, tak baik membazir.."

Maka sesungguhnya lepas gerak keluar je hati merajuk sendiri. Kenapa kau tak beli je tadii.....

Ahad pula kami ke Mydin USJ. Beli barang untuk FREE MARKET 2.0 dan sedikit barang dapur. 

Dalam hesitant nak pergi tak nak, nak pergi tak nak, akhirnya kami pergi juga ke Kompleks Kraf Jalan Conlay. Sempena Art Market. Saja nak support orang seni DIY dan berjumpa Asma' Ahmad Bahari dan Sazalina  di booth mereka. 

Some of photo's aku sempat snap.


























Beli 2,3 barang sebagai tanda support kat orang seni. Lepas tu kat sebelah parking pergi ke pondok mengukir. If only I can be like pakcik, doing things I do and less concern on the pay I got. Kagum...!!

Oh ya..Ini cerita Sabtu 2 minggu yang lepas..

Xoxo.



Selasa

Free Market Seremban 2.0 - Back To School (Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat)



Free Market Seremban 2.0 kelolaan Puan Effi is back. Kali ini Kak Effi fokus pada kelengkapan sekolah tetapi barang lain masih di terima. Sila masuk bilik, bukak almari dan lihat mana baju yang anda tidak sentuh untuk tempoh setahun atau lebih, tetapi masih dalam keadaan baik mungkin itu adalah barang yang sesuai untuk di dermakan. Yang ditekankan Kak Effi , barang yang kita masih SAYANG..!!

Sila ke Facebook Puan Effi atau Seremban Free Market 2.0 

Free Market ini susulan dari Free Market yang terdahulu di tempat yang sama. Boleh tengok mengenai event terdahulu di Facebook Kak Effi ya. She really update all along the journey. Sekarang sedang bertungkus lumus untuk kumpul barang pada hari Free Market. I came across few blog yang bercerita pasal FM yang lepas. Please read it here  and here . Terima kasih pada blog berkenaan yang bagi review. Nak harapkan petugas memang semua tak pegang tepon hari tersebut kecuali lah Kak Effi, Dia harussss pegang tepon, dia orang penting gituu..





Aku rasa ada 3 golongan yang membaca entry ini. 
1) Yang ada jiran, kawan , saudara yang kurang mampu dan mereka perlu di beritahu tentang event ini.
2) Yang tiada kenalan yang susah tetapi mahu memanjangkan advertisement ini.
3) Yang punyai barang untuk di dermakan pada mereka yang kurang mampu untuk membeli.

Masih mencari dana terutama untuk pakaian sekolah dan barang keperluan runcit. Jika mahu menderma boleh hubungi no di atas atau direct pada saya ya di talian 013-650 3485.


Oh ya, ini nukilan Kak Effi. Feel free to read ya.

Siapa saya? Hanya ahli keluarga yang membantu kerana Allah S.W.T. 







Khamis

Cave Exploration, Waterfall Abseiling & Water Rafting at Gua Tempurung, Perak



Salam and greetings..


Ok. Like to share some of activities I had last year. 3 in 1, Cave Exploration, Waterfall Abseiling & Water Rafting. Thanks to my friend Sarah who ask me to join her. Cave exploration is not new to me as I used to explore cave during my diploma studies last time at UiTM Jengka, Pahang, but Waterfall abseiling and Water rafting it is new for me.!! 


















Entry hanya di publish setelah berada dalam draft hampir 2 tahun.. LOL.
Siapa berminat nak cuba semua aktiviti di atas boleh hubungi Radak Adventure
Setiap peserta akan di beri sijil selepas habiskan semua aktiviti.. horeyy..




Terdapat ralat dalam alat ini