Macam-Macam Adaa..

Khamis

Paranoid



2 bulan lepas (atau 3 bulan lepas), Daus ke Melaka untuk kenduri kahwin pakcik dia.

Aku:   "Pakcik U umur berapa? Bestnye ade pakcik muda"
Daus:   "Muda mende. Dah 50-an. Anak dah X orang"
Aku:    "Wife die meninggal eh? Kahwin baru?" [sibuk je aku ni]
Daus:  "Tak baru lepas cerai"
Aku:    "Err..die kenal bini baru lepas cerai ke sebelum cerai?" [aku mmg suke menyibuk]
Daus:   "Sebelum. Die cerai pun sebab nak kahwin baru ni la.."
Aku:    "Hmm..oo.."
Daus:   "Bini baru die sebaye I. Muda..Cantik..Dorang kenal kat Facebook"
Aku:    "Hoh?? Menyesal I buat akaun Facebook tuk U. I nak de-activatekan lah"
Daus:   "Sokatilah..I mane reti nak Facebook ni sume.Ü buat sape suruh? Eh.. Nak masuk Facebook tu
            camane eh?"
Aku:    "Dah, tak payah..tak payah tau..Nanti I cancelkan akaun U"


Bukan aku tak yakin dengan Daus, just aku memang paranoid . Eleh..kalau die nak main kayu tige belakang aku, tak payah thru FB pun boleh..Dengan jiran die pun boleh. [Eh..Look who's talking]

Paranoid dari semua segi. Kadang-kadang kalau Mak tengah tido pun aku takut. Aku tengok dada Mak. Kalau turun naik tu, aku pun lega. Bapak pun camtu. Selalu pas Zuhur sampai Asar, Bapak mmg akan tido. Kalau dah azan pun Bapak tak bangun, aku cepat-cepat pergi terjah bilik Bapak. Oh,terlajak tido rupenye.

Pastu, kalau parking keta kat opis. Kejap2 tgk keta. Takut la kot ade mat endon ke bangla ke nak pecah kereta. Lagi la pulak kalau parking keta kat mana-mana basement dan berseorangan, dah standby kunci keta kat tangan mase nak balik ke kereta dan dgn tepon kat tgn sebelah. In case kena terjah, aku terus kol sapa-sapa.

Lepas memasak pun sama. Even dah tutup stove, mase makan kat depan tibi [oohh..makan sambil tgk tibi-patut pun demok..], tibe2 terus terasa nak tgk balik kat dapo, dah tutup stove ke belum. The same goes when doing my job. Kalau boleh lapan ploh kali check, takut ade salah eja ke, ape ke..[still ado jugak yg salah..] 

Tak ketinggalan time mandi  wajib [oopss] dan time amik air semayang..2 kali ulang ,kompem!


Oh, sungguh paranoia, tak begitu? Dari segala segi. Dari segala aspek.




1 ulasan:

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

was2..

usah was-was..
rugi..

Terdapat ralat dalam alat ini