Macam-Macam Adaa..

Isnin

Situasi Mintak Gaduh




Aku      : Esok ko ade nak masuk mana-mana site tak?
Lelaki  : Err.. Tak tahu lagi. Tak kot. Napa?
Aku      : Tolong akak pergi trial mix kat Pulau Indah boleh? Esok akak kene pergi seminar 
                lepas lunch sampai petang, rabu kene hantar 3 proposal. Nak siapkan kerja2 pending   
                laa..
Lelaki  : Mana boleh. AW cakap aku bahagian  Dept. Operation boleh supply material saja tak 
               boleh cakap apa2, orang teknikal kena pergi untuk cakap.
Aku     : Ala..ko dah biase buat. Sebelum teknikal pergi kan ko yang pergi. 
             Akak mintak tolong ni
Lelaki : Operation tak boleh..tak boleh
Aku     : Aku mintak tolong. Tu pasal hidup ni di ajar tolong menolong. Kalau tak boleh mintak 
              tolong ,takpe.  Tolong siapkan budak (worker n supervisor) dgn barang ape patut jelah                
              Thanks!


Permulaan kerjaya aku dalam bidang jurutera awam adalah di tapak projek (site). Aku berhenti sebab tak tahan di tendang macam bola ke sana-sini. Orang bawahan tak pedulikan cakap aku. Masuk kerja pulak dgn kontraktor specialist (waterproofing). Tahun ke-3 aku kat sini banyak orang aku jumpa. Macam2 ragam aku hadap. Bagi membolehkan aku selesa kat sini aku bawak diri aku dengan keras sekali. Bila main con tak bersuara bila orang batching plant macam pondan, bodohlah aku kalau aku ikut sama bisu. Situasi di atas berlaku antara aku dgn budak operation. Yang sangat berkira bila aku mintak tolong. Boleh kata selalu lah timbul situasi bile orang mintak tolong aku bersungguh menolong dan bile aku mintak tolong orang memang takde orang sudi mendengar dan menolong. 

Aku perempuan tunggal dalam dept. kejuruteraan (actually the one and only) Kalau aku act macam mase aku di tempat kerja pertama aku, memang aku memalukan kaum perempuan dan orang melayu. Aku pernah menangis bile datangnya situasi2 macam ni. Tak leh go on dgn workload dan perangai haiwan dikalangan manusia di pejabat aku. Dipergunakan memang banyak kali. Trial Mix aku akan dtg sebagai wakil supplier waterproof. Di batching plant jumpe dgn supervisor dan 2 pekerja tuk keje2 menuang konkrit. Supervisor lah akan bagi arahan kepada worker. Aku amik bacaan saje. Minggu lepas, takde supervisor dan sila bayangkan macam mana keadaan aku dan 2 orang pekerja Indon. Syukurlah worker tu bukan dari golongan yang rendah perilaku dan boleh aku berbual biasa dgn mereka. Manelah kesedaran bos aku dan manager2 bilamana aku terpaksa handle 2 pekerja Indon. Aku perempuan berupa lelaki kah?

Aku rase inilah permulaan macam mana perangai baran aku mula keluar setelah sekian lama tersimpan rapi sampai aku terbawak dalam daily life. Operation Dept, you watch out! Aku takkan bagi muka lagi pasni. 








Selasa

Cerita Lidah

Dalam pada dok sibuk-sibuk cerita pilihanraya, ada yang terasa hati.

Dalam pada dok sibuk-sibuk bincang strategi, ada yang terlepas pandang.

Dalam pada dok sibuk-sibuk buat persiapan, ada manusia menagih janji.

Dalam pada dok sibuk-sibuk siapkan kerja, ada yang tak sempurna.

Dalam pada dok sibuk-sibuk menjaga hati, ada yang terabai.

Dalam pada dok sibuk-sibuk merasakan diri hebat, ada sekelumit perasaan sunyi.

Dalam pada dok sibuk-sibuk menerima tempahan, ada hasil tak sempurna.

Dalam pada dok sibuk-sibuk mencari rezeki, ada yang terleka.

Dalam pada dok sibuk-sibuk berkata-kata, ada yang lupa pada balasan.


*random tots-sekeliling dalam masa seminggu terkebelakang.
Terdapat ralat dalam alat ini