Macam-Macam Adaa..

Isnin

Pulau Tioman Weekends Getaway


Nampaknya aku tak berjaya review pasal trip aku ke China 3 bulan lepas.Ni terus nak cerita pasal short weekend getaway aku ke Kg. Salang, Pulau Tioman. Trip ni plan last-last minit dan last-last minit jugak ramai tak dapat pergi. 

Waktu aku pergi ni memang bukan waktu sesuai nak diving or snorkeling, so datang sini untuk ease my mind and rileks. Naik feri di jeti Mersing seawal pagi supaya tak buang masa. Disebabkan musim tengkujuh belum berakhir sepenuhnya, laut agak bergelora dan buat aku muntah-muntah sepanjang perjalanan ke sana. Bila sampai rasa berbaloi-baloi. Indahnya pantai. Selalu tengok dalam gambar, sekarang depan mata. 











                                                   Kali ni Begitu dan Begini ikut sekali.






Aku siap tertido kat pantai. Ehh, bukan berlakon tau. Gamba ni diambil curi-curi.

Kat Salang banyak kedai makan bukak. Takpayah risau nak makan kat mane. Orang die sume peramah. Dua hari kat sini aku dah boleh member dah dengan dorang.

Dok lepak tepi pantai sambil bercinta. Memang padu lah perasaan tu.

Memang terbang lah kau dok tepi pantai sambil dengar lagu reggae. Serius terbang.




 Oh, Kak Siti..


Dulu Salang ni banyak biawak besar2 cam gini. Macam dah trademark dah. Tapi skang tingal 2,3 ekor je dah.

 Dawn



 It's barracuda bebeh. 

Nak pakai bertingkek-tingkek kena la warna lebih kurang sama kata budak kedai tu. Sebaik orang tolong pilihkan, aku rambang mata.

Souvenir kat pulau agak mahal. Kalau nak beli souvenir belilah mase balik kat jeti Mersing tu. Murah bak hang. Tapi memang feel la masuk kedai rasta ni. Banyak benda menarik. Pario dengan gelang benda wajiblah. T-shirt dan fridge magnet beli kat Mersing nanti tau.

Sesungguhnya 3 hari 2 malam memang tak cukup lah. Dengan tak dapat nak snorkeling and diving, so aku tak jual mahal kalau ada yang mengajak aku pergi lagi, let say April? (^_^)

Jatuh cinta lagi.

Terdapat ralat dalam alat ini