Kebelakangan ini aku memikul
tanggungjawab lebih di pejabat. Buat aku penat, sakit dan takut. Ya takut.
Allah S.W.T. seperti biasa, Maha Mengetahui celaru aku dan aku di sibukkan
dengan tugasan luar. Alhamdulillah.
Hujung minggu aku pula aku memilih untuk ber’outdoor’dengan
teman-teman lama dan baru. Perlahan-lahan aku keluar dari celaru walau rasa
pahit di tangan kanan dan rasa masam di tangan kiri.
Kata-kata yang aku pegang waktu itu,mahu seperti burung terbang
bebas. Tapi sampai bila si burung akan terus terbang? Petang tetap perlu pulang
ke sarang bukan?
Hari ini aku sekali lagi ambil keputusan membelakangkan hati. Mahu
larikan diri dan tapi makin mendekat.
Kenangan pahit aku datang kembali dalam bentuk manisan. Tapi
bagaimana perlu aku buang gula-gula yang sedang aku kemam?
Terang-terangan aku berbohong. Bukan..Bukan pada kalian, tapi diri
aku di dalam. Rindu yang ini serius buat aku hilang macho (memetik kata Lady
Noe). Bukan..Bukan pada sang pahit yang bertukar manis, tetapi pada gula-gula yang sedang aku kemam.
Asma.. pandai-pandai ye..pandai-pandailah..