Hari ke-5
Pagi-pagi kami bersarapan di kedai makanan Muslim. Biasanya di Seoul kalau cakap je makanan Muslim (halal) memang tak lain tak bukan adalah makanan India. Ko nak cakap ape lagi, telan jelah. The taste is not bad, yang penting isi perut. Biasakan diri isi perut sebelum mulakan perjalanan, sangat penting bagi mengelak kes-kes tak diingini semasa berjalan-jalan nanti. You don't want your vacation spoiled because of your own mistakes. Believe me!
Oh ya.. Kami meginap di Hotel yang sama di hari pertama di Seoul. Boleh refer entry pertama ya.
Oh ya.. Kami meginap di Hotel yang sama di hari pertama di Seoul. Boleh refer entry pertama ya.
Sarapan kali ni di kedai berbeza dari yang sebelum ni. Kali ni kami di lorong kecik Itaewon. (Itaewon memang kawasan terkenal untuk makanan halal ya)
Tempat pertama, kedai skin care ni. Kat sini aku beli mist untuk muka. Kat Korea dorang sentiasa bawak mist ni dalam beg, sembur sekali je kat muka, dah moist gitew.. hehe.
Btw, tour leader aku yang suggest aku beli mist ni memandangkan dia nampak muka aku kering. Ya, di negara beriklim sejuk, kulit memang senang kering ye. So, please don't forget your moisturizer dalam check list ya.
Next destination kedai barang kemas batu permata Amethyst. Mineral berwarna purple. Masa sampai aku dah set awal-awal, no need spend money here, tapi no no no. Aku terbeli jugak. Tapi yang murah punya je. Aku sambar 3 buah rantai di sini. All with Mak now sebab aku tak reti nak beraksesori sangat. hehe.
Kat sini dorang cakap no camera, no flash. Tapi aku ni mana boleh kan tak snap, amik jugak sorok-sorok. hehehe..
Ok. Sampai dah. Tempat paling best aku rasa untuk bershopping (bagi bajet yg ciput macam aku ni)
Inilah diaa.....Edae Street (Near Ewha Girls University)
Kat sini kebanyakan item dorang jual dengan harga 10,000 Won. Masa aku pergi ni tukaran rendah, 10,000 won = RM28.00 . Biasanya masa shopping terus convert jadi RM30, bukan apa, senang nak kira. Aku pergi tahun 2012. (Nampak tak blog ni boleh jadi rekod iaitu sambungan entry amik masa 3 tahun untuk di sambung..huahuahua)
Aku baru check currency sekarang. 10,000 won = RM38.00 Rendahnya nilai ringgit kita sekarang T__T
What to shop at Edae? Clothes, handbags, shoes, boots, sandals, pants, wallets bla bla bla.
Selepas berjaya membeli barang kiriman kakak aku kat sini aku jadi lega..hahaha
Then we went to Paju Premium Outlet (sebijik macam Johor Premium Outlet). Aku rasa JPO tu francais Korea la. Kat Korea je ada 3 Premium Outlet tapi di berlainan kawasan lah.
Kat sini dah sampai waktu makan tengahari ye. Dan tak disediakan makanan lunch kali ni. Memang ade bawak megi cup sesiap. hahaha..Kebetulan angin kus kus aku datang masa ni memang aku dok ontok-ontok dan tak bercakap. Tak shopping or whatsoever. Nak beli makanan memang langsung takda halal, sebab masa tu tak jumpa tempat boleh curah air panas, kami tawakal beli pretzel Auntie Anne's. Itu je paling yakin untuk isi perut. Aku serius nak pitam. Kak Lina yg tolong queue. Bila dah beli, selera pulak tak de nak telan. Aku paksa je diri. Tiba-tiba datang geng lain bagitau boleh amik air masak kat atas, ada area food court. Bila kita picit je air panas tu, air suam yang keluar. Sejuk sgt cuaca sampai takde air panas, jadi sejuk sudah. Lagi sekali, aku redha je rendam megi dalam air suam hampir sejuk tu. ade la 10minit, aku ngap terus.
Paju ni jauh jugak dari Seoul. Masa nak balik petang tu rasa macam jauhnye la. Padahal tak sabar nak dinner. Jeng jeng jeng. Kami kembali ke area lorong-lorong belakang Itaewon untuk menikmati Korean dish. Oh yeah..!!!
Beef Bulgogi uols..!!
Bagi yang sukaaaa sangat nonton Korean drama kompem tau caner nak makan menda alah ni. Kak Lina ajar den makan. Amik salad, taruk sikit kimchi, dan sambal ape tah, lepas tu taruk daging ni, balut, then ngap..!! Ok SEDAP !! Kat sini baru merasa daging sebab ada tempat halal. Di kawasan luar Seoul kami di hidangkan mostly seafood. Perasan tak?(refer entry terdahulu.) Haa, itu disebabkan kat area luar Seoul takda tempat halal untuk makan cam gini.
Terus kami ke Hongdae nak pergi kejar show Nanta Show. Tak boleh amik gmbar kat sini, nak amik sorok-sorok pun tak reti dah. Best la performance dia. Memang best. Tiket kena book awal-awal sebab selalu sold out beberapa minggu sebelum kata si Mr. Bab.
It's time to balik bilik. Masa balik dah gelap ya. Dan supplier brooch datang ke hotel menjual brooch. Di Korea terkenal jugak dengan broochnya. Kami ralat jugak sebab tak di bawak ke street yang menjual Brooch yang terkenal tu. Tapi aku tak berkenan pun yang penjual tu datang bawak ke hotel. Entah, sebab tak boleh nak buat pilihan sangat kot.
Ini hotel kami ya.
Hari ke-6 (Hari terakhir)
Ok hari terakhir ni aku pakai balik baju masa datang sini. Hahahaha.. Ini area kediaman perdana menteri dorang dan ahli-ahli politik. Aku pun clueless, why did we came here for? Udah ler lawatan kami ke kampung tradisional dibatalkan.
Ok. Here we are.. Gyeongbokgung Palace. Aku suka pergi tempat historical cam gini. Banyak benda boleh belajar. Ini istana sebenar ye tapi sekarang dah jadi tempat melawat dah. Siapa pernah tengok cerita Jewel in A Palace? Aku masa menganggur ke cuti semester zaman belajar dulu tah, boring takde buat ape jadi aku melayan la series dia. Kat sini la dorang buat pengambaran ye. Aku jadi excited sebab yelah, kita pernah tengok dalam cerita t.v pastu kita pulak yang datang sini. Aku cukup suka la melawat tempat ancient macam ni.
Katanya ini bekas tambakan peluru masa dorang berperang. Nampak tak kesan di situ?
Amik gambar dari luar je sebab takleh masuk sini. Ini tempat maharaja zaman dulu duduk.
Uncle ni ada di sini sentiasa. Aku bukak blog orang lain pun dorang mesti ada snap gambar uncle ni. Dia lukis gambar pemandangan sekitar palace ni.
Tak silap ini tempat memasak makanan untuk maharaja.
I just love to see the detailing of the building.
Myeongdong Market is our last stop for this last day. Tempat shopping. Sini lebih kepada skin care but still banyak kedai baju murah, bags, small cute little things etc. Kat sini aku beli banyakkk facial mask. Murah. Serious murah. Kalau tabah nak mencarik boleh dapat sekeping harga 90sen! Aku jugak beli facial mist kat sini.. Hehe.. Total aku beli 3 termasuk beli yang sebelum ni. Aku pakai 2,3 kali pastu aku bagi kat housemate Ayu. hehe.
Our last dishes at Korea. Kami di bawa ke temapt makan ni, Todai. Serious menggugat jiwa. Banyakkk sushi kot. Amik semua jenis tiap satu tapi itu pun aku tak habih. Walau aku ni berbadan gemuk tapi perut aku ni senang sangat penuh. Tu pasal tak pernah prefer pergi buffet punya buka puasa selain anjuran office sebab membaziaq.
Lepas kenyang terus ke airport , Incheon untuk balik ke Malaysia. ETA ke Malaysia dalam pukul 11 malam camtu.
Pergi ke Korea ni aku kurang bijak dalam membeli barang sebab aku tak dapat nak belikan anak-anak buah t-shirt dan in-laws beg atau seumpama. Ini kerana aku tak plan betul-betul berapa souvenir aku nak beli end up membazir. Souvenir je dah membuat aku keluar beratus ringgit. Fridge magnet la, book mark la, all those small things. Beli bag pun atas kiriman orang je. Entah memang aku ni tak reti nak membeli la. What a waste. Bawak pun hampir RM1k je so kite bajet-bajet je gitu kan. Pengajaran untuk aku next trip to plan properly on what to buy.
Conclusion.
Terkilan tak dapat ke:
- Namsan Tower yang ada love padlock tu
- Tak dapat main kat Everland
- Tak dapat beli barang tuk keluarga (selain t-shirt dan fm)
- Tak dapat amik gambar kat kebun pisang kaki
- Tak dapat enjoy the view sebab kebanyakan hari mual sesaja
- Tak dapat nak jalan malam untuk tengok street life
- Tak dapat tengok dedaun kekuningan sebab masa tu autumn just about starting
- Tak dapat nak jalan malam untuk tengok street life
- Tak dapat tengok dedaun kekuningan sebab masa tu autumn just about starting
Nasihat untuk must visit place:
- Everland
- Damdaemun
- Edae Street
- Myeungdong
- Myeungdong
Apa pun bersyukur dapat completekan entry sejak tahun 2012 ni.Alhamdulillah. Bersyukur dapat peluang ke Korea.
Ingat, siapa tengah plan untuk ke sana pastikan pergi musim autumn ya. It's the best season to be there..!
Annyeong haseyo Korea: Part 3
Annyeong haseyo Korea: Part 2
Annyeong haseyo Korea: Part 1
No comments:
Post a Comment