[1] Aku rasa, selain asingkan tandas mengikut jantina Lelaki dan Perempuan, perlu jugak
diasingkan tandas ikut cara orang tu membersihkan diri lepas buang air..contohnya;
Tandas Guna Air, Tandas Guna Tisu, Tandas Tak Guna Apa2.. Aku geli la berkongsi
tandas dgn orang yg tak reti guna air lepas buang air.
[2] Aku rasa, orang yang nak membeli kereta boleh memilih kereta yang nak di beli tu
bersama dengan lampu signal atau tidak..Sebab, aku tgk banyak je orang bawak kereta
tak reti guna lampu signal..Nak masuk kanan ke, kiri ke, main redah je..pemandu kereta
belakang plak yang cuak takut terlanggar kereta yang tak bagi signal tu..
[3] Aku rasa, orang awam patut mempunyai hak melempang mat rempit yang saje berlagak
superman on the road sebab korang bayangkan la..tengah dok asyik melayan jiwang lagu
Hazami kat redio..'sayangku mungkir pada kejujuranku...', tibe2 ade motor 2,3 buah
memotong dengan cara bahaya yang membuatkan korang hilang kawalan stereng
sekaligus hilang bayangan rupe paras Hazami yang hunk dan hemsem jugak lupe lirik
lagu Hazami yang best tuu..Aku banyak kali je hampir terbabas dek perangai
syaitooonnn mat rempit ni..Memang lepas je hilang bayangan abang Hazami tu, datang
bayangan aku lempang laju2 mat2 rempit tu..
[4] Aku rasa, dengan selarinya kenaikan harga barang dan minyak ini jam, sepatutnya di
adakan kenaikan gaji bagi pekerja2 swasta yang teraniaya dek double standard oleh
bos2 berlainan ..ataupun..adakan benchmark gaji untuk pekerja2, terutama kaum untuk
kaum X yang bekerja dibawah kaum Y dan Z [vice versa] kerana telah terjadi bahawa
budak hingusan [yang keje melopong] boleh mencapai gaji tinggi lagi pekerja
berpengalaman dan berkelayakan tinggi [yang workload berduyun2] hanya kerana si bos
adalah sama kaum X dengannya..
[5] Aku rasa, instead of buat couple seat kat panggung wayang, sepatutnya panggung
wayang buat family seat with kids seat..sebab budak umur 3,4 tahun dok kat seat biase
mmg tak nampak la screen kat depan walopun screen tu gedabak besar..[dah nama pun
couple seat, mmg untuk couple jantan betina jela eh?..time berdua dengan girlfriend tak
pulak dia offer kite dok couple seat..why a??couple jugak apeww..] Nanti bawak anak2
buah pegi tengok Cars 2, agak2 dah ada ke kids punya seat a?
[6] Aku rasa, orang luar dan sape2 nak dok kat Malaysia, bekerja dsb kene la belajar Bahasa
Melayu..Kenapa perlu orang tempatan yang kena tahu bahasa anda? Kenapa? Dok
Malaysia 10 tahun pun aku kena dengar butir patah perkataan full slang bahasa anda
itu..FYI, walaupun saya tak racist, sometimes I can be one a I tell you..
Ini apa yang aku rasa..ade yang tak rasa apa2??...Maaf ler terkurang gule dan garam..
(^_<)
****aku tak tau la kenape entry kali ni senget benget..puas edit..takpe, still leh baca..dan rasa kann???
2 comments:
haha...bestlah kak nut!!
ehh..jlow ..hehe.. tq bace
Post a Comment