Macam-Macam Adaa..

Friday

Sakit Sebagai Teguran

Salam Ramadhan ke-10

Bulan lepas buat pertama kalinya aku kena masuk wad hospital besar. Wad biasa, sepital kerajaan. Demam aku tak kebah-kebah dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. 6 hari aku hilang kata-kata, hilang punca. Hari ke-tiga, mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan aku. Terdiam tak terkata. Nak menangis air mata tersekat. Dalam hati Allah S.W.T yang tahu. "Bila awak dah keluar wad nanti kami akan rujuk awak ke pakar ok. Jangan risaulah, takde pape" Ayat doktor nak sedapkan hati aku. Gelisah. Hari ke-empat di hospital betul-betul kehilangan punca, menangis bertutupkan bantal di katil. Mata membengkak. Masih lagi aku pura-pura biasa dengan pelawat yang datang. Seterusnya hari ke-enam dibenarkan balik.






2 Minggu lepas ke klinik pakar O&G, lemah kaki berjalan masuk. Setelah diperiksa terperinci, aku disuruh balik. "U don't need to come and see us anymore. I tak nampak apa-apa pun ". Lagi aku keliru bertambah lemah. "Oh, mungkin doktor yang check awak haritu tersalah tengok".. Tapi aku yakin aku pun lihat sama. Terasa mahu sujud syukur. Alhamdulillah aku ok. Cuma yang merisaukan aku kuman Group A:Strep dalam badan aku ni menyukarkan hidup aku di masa depan. Patutlah aku selalu demam.


Kisahnya jugak, abang aku di S2 pun masuk wad di hospital berdekatan rumahnya dan angkara kuman dalam darah. Masuk wad sehari awal dari aku, keluar awal 2 hari. Puas mencari silapnya,kami berfikiran mungkin diusik "mereka", mungkin juga sekadar diuji oleh Nya.

Pengalaman aku sakit dan di uji tempoh hari meyakinkan aku, Allah S.W.T mahu menegur aku yang lalai. Ini aku rasa keajaiban lagi hebat dari Tembok Besar China dan Pyramid sana.

Alhamdulillah syukur, Dia sudi menegur.


No comments: