Macam-Macam Adaa..

Sunday

Weekends Activities


Sabtu yang lepas suami aku balik awal dari site. Balik-balik bertanya pulak, "You tak nak pergi mana-mana ke? Awal lagi ni. Jom lah." 

Yes, actually I have planning to go to to few places. So that day I've decided to go to Ikea Damansara. I bought a few things only for my house and rumah Jiboi. Niat nak mencari pendakap (bracket) untuk buat para sebab SIL aku cakap situ murah. Entahlah, aku jarang nak belek barang kat sana. Pergi pun setahun sekali. Ada yang mahal ada yang murah. I bought 2 pairs made from iron. Planning nak pasang di stor belakang. Nak susun apa yang boleh dan kemas-kemas. 

Rasanya selalu sangat dah aku kemas, end up bersepah jugak T__T 




I bought 2 pairs of this. Each pair cost RM19.80.

Ada banyak choices dan berbeza dari segi material dan harga jugak.
Ihsan Google

Aku nak carik Tempat leh gantung baju dan letak barang. Tak dapat bayang? Camni.


Carik punya carik tak jumpa pulaks. Duhh.. Last-last jumpa this piece of thing pulak.



Contoh kalau dah pasang kat dinding. Comey jugak kan. 

Sebaik murah, RM20 sahaja. I bought 4 untuk semua orang, kiriman adik beradik pompuan dan SIL. hehehe.. Apa yang aku carik kat IKEA ni sebenarnya? Apa-apa yang aku rasa murah dan berbaloi. Terasa tercabar keDIYan aku bila datang ke IKEA. Barang-barangnya simple, cantik, style, berguna dan ada yang murah dan ada yang mahal. Entahlah. Aku rasa medium range macam aku ni bukan IKEA tempat aku. Aku suka barang dia. Smart and simple tapi aku ukur baju di badan sendirilah. Aku lah. Living in a city where you need to pay for every road you pass thru and the price of this and that, the parking fee...urghh.. 

Mula-mula aku jejak ke sini masa zaman belajar where my housemate always went there semacam IKEA itu pasaraya Tesco. Eh, ko beli plug, la bakul sampah la ape ke benda semua kat situ? Aku pergi dan aku pulang. Bila aku pegang itu pegang ini, eh, aku boleh je DIY sendiri. Tapi....kemalasan tu lah yang buatkan hasrat terkubur. Hahaha.. Kesimpulannya? Aku kena jimat. Mana boleh beli kat kedai RM2, belilah di kedai RM2. Aku kena kreatif dan rajin. Pegang pada kata-kata "Reduce, Reuse, Recycle" . YES I WILL...!! 

Lepas tu ramai sesaje aku tengok orang membeli sana-sini. Eh kata ekonomi merudum. Asal berbelanja macam there is no tomorrow? Pentingnya sedar diri wahai pembaca. 
Akhirnya, apa yang aku beli? Bracket (without the wood-mahai kot sekeping. Carik kat hardware jek ok), penggantung baju, diner plate 6pcs each cost RM2.90 (cos I don't have any proper diner plate..tssk), fresh zip bag dan utensils tin (tahan karat). Tak sampai 100 pun. Good huh? Sebelum sampai cashier aku letak semula lampu hiasan, frame gambar, dan batalkan niat membeli lemari rak besar 6 tier yang hanya RM190. Rugi je kan tak amik? Yeke? Aku betulkan niat, "Letaklah balik, tak baik membazir.."

Maka sesungguhnya lepas gerak keluar je hati merajuk sendiri. Kenapa kau tak beli je tadii.....

Ahad pula kami ke Mydin USJ. Beli barang untuk FREE MARKET 2.0 dan sedikit barang dapur. 

Dalam hesitant nak pergi tak nak, nak pergi tak nak, akhirnya kami pergi juga ke Kompleks Kraf Jalan Conlay. Sempena Art Market. Saja nak support orang seni DIY dan berjumpa Asma' Ahmad Bahari dan Sazalina  di booth mereka. 

Some of photo's aku sempat snap.


























Beli 2,3 barang sebagai tanda support kat orang seni. Lepas tu kat sebelah parking pergi ke pondok mengukir. If only I can be like pakcik, doing things I do and less concern on the pay I got. Kagum...!!

Oh ya..Ini cerita Sabtu 2 minggu yang lepas..

Xoxo.



No comments: