Dear diary,
Lama sangat tak buat coretan di sini. Cerita-cerita terkumpul dan perkara-perkara rawak yang muncul di minda semasa memandu dalam perjalanan pergi dan balik kerja memang banyak. Hari Jumaat, penghulu segala hari, semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Mengambil masa rehat yang agak lama di hari Jumaat, aku mahu mula bercerita.
Allahuakbar.
Rindunya aku pada arwah bapak hari ini. Ahh..macam mana nak aku teruskan menaip coretan ini tanpa di hujani air mata. Perginya bapak meninggalkan satu lohong kosong dalam hidup aku dan kami sekeluarga tapi seumpama membuka lembaran baru untuk aku. Aku mulai berfikir, bagaimana rasanya di cabut nyawa? Bagaimana keadaan kita sesudah dimasukkan ke liang lahat? Bagaimana kita lancar atau tidak menjawab segala soalan di alam barzakh nanti? Apakah amalan yang boleh aku bawa sebagai pelindung aku di sana?
Bapak masih hidup di hati aku. Menjadi idola seumur hidup aku. ~cry~
Entah, sudah banyak aku coretkan, tapi akhirnya aku memilih untuk menyimpan agaknya? Belum bersedia untuk bercerita rasanya. Aku kini mahukan hidup yang mudah. Tidak mengejar yang tidak pasti. Betapa aku sedar hidup di dunia ini hanyalah sementara. Aku mulai sedar, hidup ini adalah tempat di mana manusia perlu mengumpul bekalan untuk akhirat, seperti kita pergi kerja hari-hari adalah untuk mendapatkan gaji di hujung bulan. Tapi kita semua masih lewa masih alpa masih bercanda. 31 tahun aku hidup rasanya banyak berbuat perkara sia-sia dan banyak mengumpul dosa. Apa sebenarnya hidup ini? Pergi kerja untuk apa? Duit gaji. Duit gaji untuk apa? Bayar bill dan berbelanja. Bayar bill dan berbelanja untuk apa? untuk apa berbelanja? Untuk kesenangan waktu tua. Senang waktu tua untuk apa? Apa matlamat hidup kita sebenarnya? Belajar pandai-pandai untuk dapatkan kerja bagus-bagus untuk dapat gaji besar untuk beli rumah besar untuk beli kereta mahal untuk beli handbag LV untuk beli gelang emas untuk apa? Bercinta dengan si dia untuk berkahwin untuk berkasih sayang untuk hidup bersama-sama membina rumah tangga mendapat anak membesarkan anak, memberi pendidikan untuk apa? Ibu bapa di rumah kau beri duit belanja kau bawak berjalan merata kau beri kesenangan untuk apa?
Aku mahu hidup aku kini mudah. Aku niatkan segala perkara semata-mata mendapatkan redha Allah S.W.T. Bersangka baik dengan perancanganNya dalam kehidupan kita. Segala-galanya dalam kehidupan ini adalah pinjaman. Emak, Bapak, adik beradik, suami, anak-anak, rumah, kereta, nasi yang kita makan, kaki yang kita berjalan, udara yang kita bernafas semuanya bukan kita punya. Doa sama-sama kita semua dapat masuk ke tempat asal manusia, Syurga Allah s.w.t.
Al-Fatihah
Haji Abdul Wahab bin Haji Yun
2 Feb 1930 - 27 Mac 2017
..and I knew that he is doing good there..
Al-Fatihah
Haji Abdul Wahab bin Haji Yun
2 Feb 1930 - 27 Mac 2017
..and I knew that he is doing good there..
No comments:
Post a Comment