Bismillahirrahmannirahim
Penghujung 20-an aku bermula 6
hari lalu. Kalau di genapkan memang sah-sah jadi 30 lah. Sekarang pun bulan
November dah, dah boleh di kira penghujung tahun dah.
Kalau tengok entry aku tahun 2014
ni memang menyayat hati. Memang terabai pun. Apa aje yang berlaku? Curik masa di pejabat aku menaip
kali ini.
Hidup aku penuh dengan
perancangan. Penuh dan aku fikir dah jitu dan kental. Bermula tahun ini
(penghujung tahun lepas sekitar waktu ini juga) aku mulai sedar, perancangan
manusia ini rapuh. Waktu ini tahun lepas juga aku rasa masa depan yang aku
rancangkan musnah. Lumrah manusia, ketika musibahlah aku dekat kepadaNya dan
terdetik hati aku bahawa memang Dia sayangkan aku kerana sempat aku kembali
padaNya sebelum aku di cabut nyawa. Bercerita tentang musibah. 2 hari lepas ada
terbaca satu ruangan agama dalam suratkhabar yang aku rasa boleh aku amik
iktibar “Syurga ganjaran bagi yang bersabar dengan musibah”. Aku summarize
jelah. Penulis nyatakan yang bila kita di timpa peristiwa buruk atau bencana
tak usah bersedih dan menyalahkan mana-mana pihak. Tak usah bercerita akan
kesusahan yang di alami kepada rakan taulan, jika mahu pun pilihlah seorang
saudara yang dipercayai yang mana jika ada aib dalam kisah yang kita alami,
ianya akan di simpan dan berceritalah sekadar mahu melepaskan resah hati, tapi
yang terbaik tentulah bercerita kepadaNya. Apabila Yang penghabisan, carilah
kebaikan dari musibah yang menimpa. Wallahualam.
Sekarang, aku rasa lebih positif
nak hidup kat bumi Allah ni. ….Ahh, terlalu banyak rasanya yang berlaku yang
buat aku down tapi dek sebab aku
positifkan saje hal-hal tersebut, maka aku boleh move on.
Status isteri yang aku pegang
sejak 5 bulan dahulu (lebih kurang) sedikit sebanyak merubah cara pembawakan
diri aku dan cara aku berfikir dan bertindak. Jalan untuk aku menjadi seorang isteri
memang mencabar. Memang bergenang air mata dan merosakkan mood aku kalau
difikirkan semula, tapi the bright side
of it is there. Okey stop.
Sejak 5 bulan lalu juga kadar
kebergantungan aku kepada keluarga makin ketat. Kadar kekerapan aku untuk pulang
jadi berkurang kerana suami bekerja pada Sabtu, jadinya 2 bulan sekali kini
jadi sebulan sekali aku pulang ke Jiboi. Boleh dikatakan hari-hari (paling
kurang dua hari sekali) aku akan call
Mak dan terbaru mangsa aku anak kakak aku, Qaid. Rindu hati ni nak dengar suara
orang Jiboi sana dan biasanya suami la yang nak dengar Qaid “bercakap” hahaha
Paling sedih, tragedi paling
sedih yang menimpa aku ialah apabila baju yang longgar 5 bulan lepas kini ketat
dan padat. Tragis bukan? Usaha aku masuk ‘group bersenam’ dan mengurangkan inci
dan isipadu aku awal tahun ini nampaknye ke laut dan sekarang. Kegiatan planks,
side crunches, star jump dan ke gymnasium KBS suatu masa dahulu bertukar kepada
memasak dan meng’google’ resipi. Makanan bakar, rebus dan stim kini berganti
kepada goreng-gorengan, gulai dan minyak melampuh-lampuh. Patut ke aku terkejut
bila baju sendat ? Jawapan: TIDAK (-_-)’
So what has happened for past few month? Dah lama tak tempel gambar. Meh
nak belanja.
Maksu and Paksu with Naufal kat Dewan Sivik MBPJ
So called bulan madu ke Langkawi. Entry full nanti-nanti lah..hehe
Panorama dari Level tertinggi Sky Cab
Pasembur terbaik. (recomended)- Hafiz Rojak (Pantai Kok)
Laksa pun terbaik (kalah Laksa Power)- Hafiz Rojak (Pantai Kok)
Apa lagi ya?
Oh ya. Kami masih lagi berdua.
Doakan kami ya. Amin
No comments:
Post a Comment