Macam-Macam Adaa..

Sunday

Aiskrim dan Biskut


Sebelum berkahwin, aku selalu balik ke Seremban tanpa aku rancang. Pergi ke sana sini bila-bila masa yang aku suka. Keadaan berbeza selepas bergelar isteri. Langkah tak boleh panjang macam dulu. Hehehe.. Apa pun balik tetap balik. Kebiasaannya sebulan mesti balik sekali. Mesti. (^_^) 

Tiap kali mesti singgah Giant di Plaza Ampangan. (Sekarang Plaza Angsana). Selalunya akan ada pengiring kecik. Heee..
Satu hari sedang aku beratur nak bayar barang yang aku beli, aku nampak cashier ketepikan satu bekas aiskrim dan satu bungkus biskut kering lalu meneruskan scan dan masukkan barang orang di depan aku. Sampai giliran aku nak letak barang, datang seorang pakcik berwajah mamak Pulau Pinang (anggaran umur 60-an, agaknya la) berkopiah, berjanggut putih, kemas memakai baju kemeja lengan panjang bercorak fesyen tahun 80-an, berseluar slack hitam dan memegang wang RM15. Dia bertanyakan cashier tentang barangnya yang di tinggalkan di kaunter dengan tutur percakapan tergagap-gagap dan kurang jelas sambil memandang ke arah aku dan buat isyarat minta maaf kerana potong barisan. Aku senyum.. Hati aku terus jadi sayu. Dari situ aku tahu pakcik sewaktu nak membayar tadi terlupa membawa wang. Dia meninggalkan aiskrim dan biskut yang ingin di beli lalu pulang ke rumah untuk mengambil wang dan datang semula untuk membayar. Aku memerhati. Aku berundur dan beri ruang untuk pakcik membayar dahulu walaupun cashier memandang aku meminta barang untuk di scan tanpa hiraukan pakcik. Terus cashier tersebut mengeluarkan aiskrim yang di masukkan dalam peti sejuk petak (yang selalunya ada di tiap kaunter cashier dan memuatkan aiskrim potong dan aiskrim mangkuk) ke atas kaunter dan sekali dengan biskut kering yang di letak di tepi kaunter tadi. Aku terus memerhati. Beliau scan aiskrim dan biskut dan terus meminta jumlah bayaran. Hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik. Lepas mengambil wang baki, pakcik beredar membawa aiskrim dan biskut di tangan tanpa beg plastik.
Aku sebak.
Terus aku teringatkan bapak. Bapak suka makan aiskrim dengan biskut. Mase aku kecik, bapak selalu hidangkan aku aiskrim 3 scoop dan pecah-pecahkan biskut di atasnya. Kegemaran dia dan di hidangkan ke aku pula. Aku yang tak berapa gemar pura-pura suka makan dek aku tak reti menolak dan kata tak nak. "Bapak, Nur tak abis.." Lalu bapak yang habiskan.
Aku bayangkan pakcik tadi adalah bapak aku. Yang di layan acuh tak acuh. Yang kurang kudratnya. Aku bayangkan entah-entah pakcik tu orang susah dan beli dua barang tu saja untuk anak atau cucu. Lepas beli entah ada tak wangnya lagi? Sayu
Bapak sekarang dah berumur 85 diturunkan pula legasi-legasi ke cucunya pula. Semoga panjang umur bapak dan emak.
Selamat ulangtahun perkahwinan ke-45. 1970-2015 till jannah. InsyaAllah.
-via Blogger on the go-

No comments: