Macam-Macam Adaa..

Wednesday

Banyak Berfikir


Aku hari-hari banyak berfikir. Terlalu fikirkan benda-benda. Pasal kerja, pasal majlis, pasal tunang, pasal duit, pasal orang, pasal esok hari, pasal harini, pasal semalam, pasal masa depan, pasal rumah, pasal nak balik Seremban, pasal benda-benda yang aku tau aku takkan dapat buat apa-apa.

Benda-benda ni yang menyemak dalam otak aku dan buat aku cepat down walaupun sebenarnya takda apa-apa pun. Terlalu berfikir ni buat aku menyimpang dan terus berfikir bukan-bukan.

Nak meluahkan tak terluah. Dah meluahkan pun masih terpendam. Kata-kata orang yang rapat dengan aku 'Jangan fikirkan sangat. Banyak mengadu pada-Nya.' 

Banyak berfikir ni buatkan aku x lapang dada. Banyak benda-benda lain yang perlukan perhatian aku yang aku abaikan. Memang bagus berfikir ni tapi terlalu banyak berfikir macam aku ni memang jadi masalah. Nanti nak bincanglah dengan tunang nak bagi otak aku ni centre sikit. 

Nak baliklah. Nak jumpa Mak. ~cry~  


"maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu"

Farrah's Wedding



Entry ini sebenarnye sudah basi. Tapi aku nak jugak publish sebab this will be my last review my friend wedding of 4 Perempuan. Dari dulu aku buat review majlis tunang dan majlis sanding mereka aku buat entry di sini , sini, sini dan sini. 

Masa majlis si Farrah ni (mesra si sapa Misah oleh aku) aku ditugaskan jadi pengapit. Aku tak nak, tak nak, tak nak (sila baca dalam nada Prof Izi Hj. Ali) tapi sebab nak tolong kawan aku OK kan aje. Dan dan pulak aku kene cirit birit mase majlis akad die dan mase sanding aku demam pulok. Tapi both ceremony aku attend cuma tak agresif sgt amik gamba sebab tak sehat. Sampaikan aku tak beli adiah wedding tuk die. Sian die. Sampai arini aku masih pikir nak bagi adiah ape ke die ni. Sorry Misah. Huu..



 Puan Atiqah ade anak umur 2 tahun dah. 


 Bunting include dalam pakej photographer



 Mekap akad dah siap. Ready ke Masjid Taman Paroi Jaya

Baby Aridzz, anak Zila

Farrah dan Suami, Ajak

Guestbook tak seberapa dari aku. yang bodohnye aku pegi amik duit si Farrah. Padahal aku niat nak adiahkan aje.

Cantik kan baju si perantin..hee






Gambar ni di ambil dari Instagram Nina. Jauh Nina datang. Baik budak ni..



Ok till then. Wasalam 

Friday

Sakit Sebagai Teguran

Salam Ramadhan ke-10

Bulan lepas buat pertama kalinya aku kena masuk wad hospital besar. Wad biasa, sepital kerajaan. Demam aku tak kebah-kebah dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. 6 hari aku hilang kata-kata, hilang punca. Hari ke-tiga, mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan aku. Terdiam tak terkata. Nak menangis air mata tersekat. Dalam hati Allah S.W.T yang tahu. "Bila awak dah keluar wad nanti kami akan rujuk awak ke pakar ok. Jangan risaulah, takde pape" Ayat doktor nak sedapkan hati aku. Gelisah. Hari ke-empat di hospital betul-betul kehilangan punca, menangis bertutupkan bantal di katil. Mata membengkak. Masih lagi aku pura-pura biasa dengan pelawat yang datang. Seterusnya hari ke-enam dibenarkan balik.






2 Minggu lepas ke klinik pakar O&G, lemah kaki berjalan masuk. Setelah diperiksa terperinci, aku disuruh balik. "U don't need to come and see us anymore. I tak nampak apa-apa pun ". Lagi aku keliru bertambah lemah. "Oh, mungkin doktor yang check awak haritu tersalah tengok".. Tapi aku yakin aku pun lihat sama. Terasa mahu sujud syukur. Alhamdulillah aku ok. Cuma yang merisaukan aku kuman Group A:Strep dalam badan aku ni menyukarkan hidup aku di masa depan. Patutlah aku selalu demam.


Kisahnya jugak, abang aku di S2 pun masuk wad di hospital berdekatan rumahnya dan angkara kuman dalam darah. Masuk wad sehari awal dari aku, keluar awal 2 hari. Puas mencari silapnya,kami berfikiran mungkin diusik "mereka", mungkin juga sekadar diuji oleh Nya.

Pengalaman aku sakit dan di uji tempoh hari meyakinkan aku, Allah S.W.T mahu menegur aku yang lalai. Ini aku rasa keajaiban lagi hebat dari Tembok Besar China dan Pyramid sana.

Alhamdulillah syukur, Dia sudi menegur.


Annyeong haseyo Korea: Part 3

Assalammualaikum dan Annyeong haseyo.. (buat entry sal Korea Trip kene la greetings pun cakap Korea kan..haha)

Okey.. I know.. I know..entry ni dah basi siap berulat2 dah..dah nak masuk setahun dah lagi beberape bulan tapi tibe2 bersemangat plak bile belek2 balik gambar trip aritu.


Entry pertama (tuk 1st day) aku banyak celoteh, entry kedua (tuk 2nd day) pulak tak sempat nak menaip sebab busy. Dah tu sampai sekarang pun aku busy, dah tu bilenye aku nak abiskan cerite ye tak?


Entry kali ni tuk hari kedua lagi sebab haritu aku sempat taruk gamba sampai kat Samsung Everland je. Sambung terus kesokan harinye juge.


Di situ kami frust sebab waktu di berikan sangat terhad. Ikut tour ni tulah masalah die. Kite kene ikut waktu die. Samsung Everland ni sangat besar ye. Banyak permainan tapi bayangkan kami tak sempat naik satu pun =( Sempat tgk Safari yang ade burung Vulture besar, beruang menari, Harimau putih dan kacukan harimau dan singa. (Pls refer here)


Okey, dari Samsung Everland, kami ke kawasan kampung (tak ingat pulak name tempat) untuk aktiviti petik buah apple dan membuat Kimchi. Ok, kalau nak tau kat Korea ni lah aku pertama kali makan kimchi dan walau agak masam, I love it! Agaknye kene kot dgn hidangan Korea ni. Sebabkan banyak gambar nak attach dan aku pun curik2 masa bekerja ni aku malas mak nenek nak letak watermark. Takpelah sape je pun yg nak amik gmba ni pun boleh la kalau untuk tujuan yang baik.



Apple Plucking









Aku malas nak letak gamba aku memetik, gedik nau nampaknye. Malu mak!

Kimchi D.I.Y

Haa .. Ini diaa..Sampai pule ke tempat kami belajar membuat kimchi. Sangat bersih dan hygiene. Dah di sediakan barang2 depan mate siap die dah adun dah. Tinggal kami nak sapu je ke kobis tersebut. Ingat sapu biar padat di pangkal ye, jangan sambil lewa. Cewah.. Semua hasil tangan kami ni akan di jual dan kutipannye di dermakan kepada rumah2 anak yatim di sekitar Korea.




 Ini laa Kak Lina. Teman aku sepanjang mase a.k.a room-mate juge..

 potpetpotpetpotpetpotpet

 blablablablablabla

 Tak tau si Mr. Bab ni melucah time ni. Sabau jelah





 Sesambil tu di berinye kite minam air beras campur ape tah (tak ingat ngko, yelah brape lame dah aku balik kann)

 Siapp.. Kene simpul sebegini ye..Kene.. tidak boleh tidak tau..





 Haa.. Ini lah barang2 asas nak buat sambal (suke2 aku je panggil sambal) yang kite nak salutkan ke kobis tu tadi..
 This is the best kobis . Cemana nak tau? Ko tgk antara layer die rerapat.Haa..maksud die memang kualiti tinggi le kobis ni. Memang seswai laa tuk buat Kimchi gune kobis ni.



Korean Traditional Dress (Wearing Session)


Pls ignore senyuman lear aku tu. Serupe kekanak riang dapat eskrem. Padehal kan aku la orang paling last pakai kostume ni sebab aku memang x hingin nak pakai. Tah pape je aku ni kan? Last2 lepas sume makse aku pun surrender. Pakai juge lahh..




 Aku suke atap rumah tu. Ade pulak bebudak riang ni, aku snap la sekali.. Both is QS. Yang belah kiri Naimah, share date birthday same dgn aku.


 Naik bas semula. Heading to.....tett..aku tak ingat nama tempat.. Kami ke High One Resort. Punye la jauh ngkau, siap benti tepi jalan nak muntah. Elok la aku pegi muntah kat ladang pokok pisang kaki dorang. (x sempat amik gmba sebab mabuk teruk) Kalau readers nak tau aku mendapat penyakit pening2 muntah semase di sini. Dalam bas lah aku dgr lagu k-pop yg aku xpenah minat nak dengar. Last terdengar satu lagu best. Terus suke. Tapi bukan dgn group laki, tapi pompuan. Balik Mesia terus tnye housemate, tapi lawak sbb aku bg klu kumpulan pempuan lagu slow. Tak ke ramai? Aritu pegi Daiso, terdengar lagu tu, terus amik HP merekod. Ooo..rupe2nye 2NE1. best..xmacam gedik2 yang lain..







 Bersih dan segar!

Sampai2 je, tak terus ke hotel tapi singgah ke tempat makan. Our 1st korean style meal. (selain dari nasi goreng kat Samsung Everland tadi tu laa..). Ade kimchi, dried seaweed, fresh seaweed, taugeh dan ape tah lagi tu (mcm tauhu goreng)


 Sup stimbot harus ada. Yang ini campuran tauhu, sotong dan ikan.










 Ko tgk le nasik die.semangkuk tu nampak sikit kan.. Cube makan tengok.. Satu mangkuk aku dah full


Pakai batang besi ni makan nasik. Memang seksa la aku nak ngabiskan . Kate makan nasik pakai tangan kat Mesia kan, tgk sume orang rilek pakai batang ni, aku pun buat2 tahu, padehal mmg terjatuh2 lapanplohkali gitu.



 Entah ape di gelakkan dek kakak2 ni kan..Snap skali.

 Kenyang dan penat. Seryes penat.

Sampai lah kami ke hotel penginapan High One Resort. Hotel ni mmg tip top. Dalam bilik ade wifi i tell you. Terus malam tu viber pakwe dan abang di Mesia. Memang dah pesan awal2 soh standby tepi tepon 24jam. Haha.. Untunglah ade teknologi Whatsapp dan Viber bagi orang melancong ni. Memang menyenangkan. Call home anytime (yg ade wifi)..haha..


Aku memang gemar amik gamba kenangan. Pinjam pulak kamera canggih abang aku (tapi aku tau guna auto saje). Kenelah aku gunakan sebaik mungkin. Gamba katil pun jadi.



 Aku tau, aku memang jakun.




 Dalam lemari ade mende alah ni haa.. Berat save ni haa.. Aku tak letak ape pun.


 Closet dorang


Agak2 tali ni tuk kua ikut tingkap kot time kebakaran ek? Haa..yelah..tingkap pun xde tau..ade tingkap besar ketas A4 tu haa..Muat ke? Tapi sejuk ya Rabbi..tutup tingkap. Tetibe tak tau bukak televisyen. terus aku interkom member bilik sebelah. Lawak..lawak..Gayat sesangat. Dah tu lampu die pakai sensor haba badan manusia kot. Aku lalu je die on..Aku undur die off..Nak bukak air panas aku xreti, sebaik kak lina ni agak McGyver. Leh mandi air suam sebab sangat sejuk itu jam.






Hari ke 3

 From Left: Raihan, Kak Lina, Naimah dan Azie



 Bekpes western pagi tu. Sebelum ni makan roti bakar sapu jem/butter. pastu tala plak ni..Kenyang..Kenyang..






 Haa ..budak ni baru le tau enjinia dari cawangan Melaka. Ape name tah..Tepek sekali gamba.





Haa.. Tahu tak ape ade dalam bekas sekeliling tu? Kimchi OK.. Lagi lame die perap lagi sedap. Ye kot.. Mase aku kat Korea aku xde masalah nak makan kimchi depa. Ade la aku beli sepeket kimchi bawak balik, tak sesedap mcm mase kat sane. Maybe nasi lekit tu kot yg serasi..Ceh..tah pape..


  
  
 Daun baru nak tuka warna sesikit haa..






Athena Ski Resort

Kami pun kompius kenape di permulaan musim luruh itu kami di bawa ke pusat ski. Memang xde buat ape la. Tgk pemandangan sesaje la..





Dalam tandas. Tandas dorang seryes bersih. Even dorang tak pakai air untuk bersuci (kecik dan besar) aku pelik cemana tandas dorang bersih dan tak berbau langsung.












 Muslim Group je ni. Pasni ade 2 lagi group menyusul..ramai juge setaff kompeni ni kan..








OTW to the peak. Pening..Pening semanjang kalau aku naik apa2 kenderaan di sini.






At the peak. Macam oanas kan? Tak langsung. Sejuk tau.









Gegirl berposing.. Kiut la kunun memasing. 

Boboy mahu juge.Tepek juge lahh.












Bunge celah batu pun cantik..Jakun ..jakun..rase nak petik bawak balik je..




Daun baru nak bertukar warna. Udara sangat segar dan menyihatkan ..hehe..Kalu musim salji kan, penuh la gunung ganang ni org main ski. Nampak tak route tu?Nampak tak?
















Jom beratur ..Nak main ski.. (kunun lah )




Jom turun.. OK ..aku pening lagi..berdoa je supaye cepat sampai..lembab..(-___-)






    





Muke memang senyum, tapi baru lepas muntah ok..aku je selambe badak dok santai tengah alam. Harap maklum ye perangai aku yang xpedulikan alam sekeliling ni.


Sekian dulu buat mase ini ye. Kang korang pulak yang muntah tgk banyak nau gamba. Hehe..to be continue......




Annyeong haseyo Korea: Part 1
Annyeong haseyo Korea: Part 2
Annyeong haseyo Korea: Part 4
Annyeong haseyo Korea: Part 5 (final)