Macam-Macam Adaa..

Monday

Penghujung 20-an


Bismillahirrahmannirahim



Penghujung 20-an aku bermula 6 hari lalu. Kalau di genapkan memang sah-sah jadi 30 lah. Sekarang pun bulan November dah, dah boleh di kira penghujung tahun dah.

Kalau tengok entry aku tahun 2014 ni memang menyayat hati. Memang terabai pun. Apa aje yang berlaku? Curik masa di pejabat aku menaip kali ini.

Hidup aku penuh dengan perancangan. Penuh dan aku fikir dah jitu dan kental. Bermula tahun ini (penghujung tahun lepas sekitar waktu ini juga) aku mulai sedar, perancangan manusia ini rapuh. Waktu ini tahun lepas juga aku rasa masa depan yang aku rancangkan musnah. Lumrah manusia, ketika musibahlah aku dekat kepadaNya dan terdetik hati aku bahawa memang Dia sayangkan aku kerana sempat aku kembali padaNya sebelum aku di cabut nyawa. Bercerita tentang musibah. 2 hari lepas ada terbaca satu ruangan agama dalam suratkhabar yang aku rasa boleh aku amik iktibar “Syurga ganjaran bagi yang bersabar dengan musibah”. Aku summarize jelah. Penulis nyatakan yang bila kita di timpa peristiwa buruk atau bencana tak usah bersedih dan menyalahkan mana-mana pihak. Tak usah bercerita akan kesusahan yang di alami kepada rakan taulan, jika mahu pun pilihlah seorang saudara yang dipercayai yang mana jika ada aib dalam kisah yang kita alami, ianya akan di simpan dan berceritalah sekadar mahu melepaskan resah hati, tapi yang terbaik tentulah bercerita kepadaNya. Apabila Yang penghabisan, carilah kebaikan dari musibah yang menimpa. Wallahualam.

Sekarang, aku rasa lebih positif nak hidup kat bumi Allah ni. ….Ahh, terlalu banyak rasanya yang berlaku yang buat aku down tapi dek sebab aku positifkan saje hal-hal tersebut, maka aku boleh move on.

Status isteri yang aku pegang sejak 5 bulan dahulu (lebih kurang) sedikit sebanyak merubah cara pembawakan diri aku dan cara aku berfikir dan bertindak. Jalan untuk aku menjadi seorang isteri memang mencabar. Memang bergenang air mata dan merosakkan mood aku kalau difikirkan semula, tapi the bright side of it is there. Okey stop.

Sejak 5 bulan lalu juga kadar kebergantungan aku kepada keluarga makin ketat. Kadar kekerapan aku untuk pulang jadi berkurang kerana suami bekerja pada Sabtu, jadinya 2 bulan sekali kini jadi sebulan sekali aku pulang ke Jiboi. Boleh dikatakan hari-hari (paling kurang dua hari sekali) aku akan call Mak dan terbaru mangsa aku anak kakak aku, Qaid. Rindu hati ni nak dengar suara orang Jiboi sana dan biasanya suami la yang nak dengar Qaid “bercakap” hahaha


Paling sedih, tragedi paling sedih yang menimpa aku ialah apabila baju yang longgar 5 bulan lepas kini ketat dan padat. Tragis bukan? Usaha aku masuk ‘group bersenam’ dan mengurangkan inci dan isipadu aku awal tahun ini nampaknye ke laut dan sekarang. Kegiatan planks, side crunches, star jump dan ke gymnasium KBS suatu masa dahulu bertukar kepada memasak dan meng’google’ resipi. Makanan bakar, rebus dan stim kini berganti kepada goreng-gorengan, gulai dan minyak melampuh-lampuh. Patut ke aku terkejut bila baju sendat ? Jawapan: TIDAK  (-_-)’ 


So what has happened for past few month? Dah lama tak tempel gambar. Meh nak belanja.



Maksu and Paksu with Naufal kat Dewan Sivik MBPJ


 Percubaan selpie


Fat Matilda


 So called bulan madu ke Langkawi. Entry full nanti-nanti lah..hehe


Panorama dari Level tertinggi Sky Cab

 Pasembur terbaik. (recomended)- Hafiz Rojak (Pantai Kok)

Laksa pun terbaik (kalah Laksa Power)- Hafiz Rojak (Pantai Kok)


Apa lagi ya? 

Oh ya. Kami masih lagi berdua. 

Doakan kami ya. Amin