Macam-Macam Adaa..

Selasa

Aidilfitri 2012

Wishing all reader

              Selamat
                        Hari
                             Raya
                                   Aidilfitri
                              Maaf
                       Zahir
               Batin

Thank you for reading my humble blog.

Rabu

Macaroni Baked Cheese

Ok.. Resipi yang ini aku reka sendiri ikut suka..Hee.. Mula-mula google resipi, pastu sebab aku malas nak leceh-leceh dan tak nak beli ingredients yang mahal seperti Mozzarella cheese dan cendawan Shitake, aku reka la resipi sendiri. Resipi bodoh-bodoh saje.


Bahan-bahan:
- Bawang besar 1 biji (cencang halus)
- Bawang putih 7 ulas (cencang halus)
- Macaroni (aku pakai 1/2 peket-250g)
- Prego Spagetti sauce (Mushroom carbonara)
- Isi ayam (di potong kecik- banyak ikut suka-kalau suka boleh ganti dengan beef)
- Cheddar cheese (slice- 6 slice- nak tambah pun boleh)
- Carrot (potong dadu kecik-kecik)
- Susu segar
- Telur 2 biji
- Sedikit butter

































Cara-cara:

- Rebus macaroni. Then gaul dengan butter sket (Butter tu amiklah dalam 2 sudu)



- Tumis bawang putih dan bawang besar yang dah kita cencang tadi. (aku tumis gune butter, tak guna 
   minyak masak. Saje je..hehe..xde motip)
- Dah naik bau, masukkan isi ayam dan carrot pula. Time ni la nak tambah garam/perasa.


- Agak-agak ayam dah masak, masukkan prego sauce. (Dalam prego sauce tu dah ade mushroom sket,  
  kalau nak leh tambah mushroom sendiri ye.Button mushroom or shitake mushroom)



- Dah mendidih, masukkan telur yang dipukul kembang. Kacau-kacau..
- Then fresh milk (aku masukkan separuh kotak, nak abiskan pun boleh)
- Pastu tunggu mendidih lagi. Masukkan pulak cheddar slices



- Dah tu, masukkan pulak  macaroni yang dah direbus tadi. Gaul sebati.
- Ok. Nak makan macam ni je pun sodap dah. Did u see the chicken and mushroom? Did u? Did u? 
   Sedapnyee..Tapi , aku nak baked...



- So aku masukkan dalam mangkuk yang tahan microvave/oven (apo namo tah)
- Then aku potong-potong la cheddar cheese tadi susun atas die (macam lam gambar bawah)


- Then masukkan dalam microvave/oven. Aku bakar lam oven about 15-25 minit kot. Tak ingat lah. 



- The result. Abang aku kate kering. Haah.. Macaroni tak seimbang dengan sauce. Pastu aku ulang bakar 
   sebab nak bagi die panas untuk berbuka puasa itu jam. Memang kering lah. 










Tak lah sesedap kat kedai, tapi ok laaa..Anak-anak buah aku kate sedap, tu pun dah ok kot. Ngee...!!!

-P/S: Kalau letak mozzarella cheese lagi sedap kot, tapi awak resepi bajet, so be it.



Sekejap je dah Ramadhan ke- 26.



Bon Odori 2012

Salam


Ape kebenda Bon Odori ni? Orang Jepun percaya pada malam Bon Odori ni, nenek moyang dorang yang dah mati akan turun ke dunia. So, Bon Odori ni adalah welcoming festival tuk ancestors dorang tu lah..Hah..Jangan kau percaye pulak. Join saje-saje for fun tak salah kan..

Venue: Stadium Panasonic Shah Alam, Seksyen 20

Date  : 14th July 2012 





Ramai kan? Yelah, kitorang parking pun 2km away tau! Sampai terseliuh kaki haku ni..


Masa sampai, upacara dah pun bermula. Ala, dok buat tarian tradisi orang Jepun lah. Macam best je tgk ramai-ramai follow pusing stage. All the Japanese wear their traditional clothes, Yukata. (ala-ala Kimono) Jangan tak tau, orang kite pun ramai je pakai. Aku pergi la ushar ghege, RM200 ngko! Ok bai..



















Nak mendapatkan kipas nilah satu stadium kami pusing. Lambat datang, stock sudah habis. Dengan kebijaksaan adik si Lopap, dapatlah sorang satu kipas ni malam tu.



Banyak la gerai-gerai menjual makanan Jepun. Sushi la, Takoyaki la, bla bla bla.. Ramai jugak orang kita amik kesempatan berniaga jugak jual air, keropok, t-shirt dan macam-macam lagi la.



Family-family yang datang siap berpiknik kat tepi-tepi stadium dgn anak-anak. So, Bon Odori ni bukan setakat festival tuk orang Jepun, tapi untuk orang tempatan having their quality time with their family jugak laa..


Ok tahun depan nak pergi awal-awal. So, I won't miss the ritual and dapat parking dekat..




Burger Mr. Junior


Salam

Okeh.. Cerita pasal makan time perut tengah lapar tapi tak boleh makan ni memang tindakan yang bijak..

Seminggu sebelum puasa, aku dengan 2 orang kawan aku teringin nak cuba makan oversized burger yang orang cakap sedap kat belakang Unisel Seksyen 7, Shah Alam. Ahkak aku pun cakap ade kedai burger oversized kat Seksyen 7 lepas die tengok kawan die haplod kat fb. Sampai-sampai je, halamak, tutup la pulok. Sia-sia aku parking keta sebelah tong sampah (yang busuk sampai ke tulang sum-sum I tell u).

Pergi la kami ke Pusat Komersial yang terkenal dengan kesesakannye. Mencari-cari burger yang istimewa (kot-kot la ade)

So, terjumpa la kami dengan satu kedai burger ni. Kat depan Molek. Name die MR. Junior. Okey, burger patty tu dorang buat sendiri tau. Nama-nama burger die pun pelik-pelik, tu yang buat kitorang nak cuba..nak nak nak..hehe..




Ini Splash Burger. Adik Si Lopap ordar.
Patty die beef, pastu aksesori die black pepper. Ok..Sodap..


 Ini Merry-Go-Round. Aku punye.
 Sebenarnye Chicken patty berbalut telur je. Bagi aku biase-biase je..   




Ini Pizza Burger. Si Lopap yang punyo.
Leh pilih nak chicken or beef. Die taruk skali chedder cheese dan mozzarella. Memang kaw! Lain kali kalau pergi, aku mesti pilih yang ini. 


Aku dengar dorang buat delivery ke rumah jugak..Handa..Handa..pandai marketing betul..tapi aku rase rumah sekitar Pusat Komersial je la kot..


Harga dari Rm 4 ke atas. Boleh pilih ala-carte atau set. Tiap set datang bersama air dan hash brown MR.Junior. 

Nak buat ulasan sket. Kot-kot la bebudak MR. Junior ni terbace kan, leh baiki sket la. Rase tu dah ok la, cume size die kecik, tu yang buat tak puas dan tak konyang ahkak ni dik. Pehtu roti tu, lembik la, kasi grill jugak la len kali. Patut aku cakap je kat dorang ari tu kan? Lupo la plak sebab si Lopap yang bayar kek kaunter.

Burger lain yang available:
- Roller Coaster
- Egg Burger
- Original Burger

Ehh..pasal ape tibe2 aku punye entry dah macam blog makan-makan ni?Hehe..Sharing is Caring kan...


P/S: Ramadhan ke-12 sudah. Tak sabar nak beraya dengan baju abang Man..auww..



Terdapat ralat dalam alat ini