Lately, jiwa aku kurang tenang, kurang senang. Semua benda seakan terbalik. Benda aku cakap seakan datang balik kepada aku. Terbalik. Kejadian tak baik pun menimpa2. Pendek cerita, banyak benda negative berlaku. Tapi paling obvious, hati aku kacau. Punca hanya satu. SATU . Sebab SATU nilah keseluruhan hidup aku tunggang terbalik.
Dulu, aku memang pantang kalau kena kerja lebih masa. Memang tak ikhlas. 2 minggu kebelakangan ni, jadi terbalik. Sekarang pun dah dekat Maghrib, aku masih di pejabat, seorang diri. Ikhlas. Aku lebih suka macam ni.
Dulu, kalau boleh lambat, memang aku orang last datang pejabat. Sekarang. pukul 5 pagi, mata aku celik sendiri sampai azan Subuh, sampai langit cerah.
Dulu, aku eksyen. Aku tak bergantung kat boipren aku nak ke sana ke mari, buat apa pun dia tak sekat. Open Minded la sangat. Dulu, takpa tak jumpa seminggu. Sekarang aku sangat mahu si dia ambil tahu. Semakin ingin berjumpa hari2 [ok, mimpi!]
Dulu, aku berasa, aku lah paling pandai dalam hal2 planning dan saving. Ya saving untuk masa perancangan masa depan. Tup-tup Allah S.W.T tarik nikmat sekelip mata. Planning separuh jalan, saving berkecai. I misplaced the money to pay our house rent that I have already collected, there goes my saving. Aku tak tahu la pEtanda apakah, tapi saving aku memang sekelip mata boleh terbang [e.g: Misplaced half dari sewa-ganti duit sendiri, kereta baru yang tiba2 rosak-tow pakai duit sendiri, buat bisnes jual tudung, rugi sebab modal pakai duit saving , terbaru hilangkan the whole amount pulak.. ]
Dulu, aku selalu marah/kutuk orang itu ini, tup-tup aku telah menjadi seperti apa yang aku kutuk [e.g: malas nak iron tudung @ baju, kipas bos - contohnya rela hati balik lewat.ptuii, kutuk orang pemalas nak mengemas-kini aku pemalas, marah sebab kakak aku tak jage mak dgn bapak-last2 aku pun tak jage sebab aku keje jauh dari rumah -sejam jauh ke?then....bla bla bla ]
Kawan2 aku selalu refer kat aku regarding anything. Aku lah tempat diorang mintak nasihat. and I'm goood at it, giving opinion and advice. When it comes to me [the problem], aku tk leh handle..huff!!
Karma ke hape eh?
Ape lagi tah nak jadik? Aku pasrah.
Dan sebab yang SATU tu, aku redha.