Macam-Macam Adaa..

Wednesday

Kawan-Kawan #1



Kadang-kala aku ada jugak teringatkan kawan yang pernah rapat dengan aku dulu. Kat kampung, sape rumah dekat itulah kawan. Ikut Mak pegi kenduri (rewang), Mak potong bawang/daging, aku carik makcik2  yg bawak anak jugak pegi main kat sudut tepi. Tak sama sekolah? Pun kawan. Time sekolah rendah. Tiap tahun aku akan bertukar kawan rapat. Siapa yang duduk sebelah, haa itulah kawan rapat aku.. Menjengah ke sekolah menengah, lain pesen sikit dah jadinye. Siape sekepala dengan aku, walau kelas jarak 2 blok, itulah yang di cari waktu rehat. 

Masuk pulak diploma, bertukar lagi stail. Aku mudah bergaul dengan sapa2. Ade orang pergi kelas dengan geng. Aku? Suma aku sapu. Suma aku layan. Member2 lebih selesa meggelarkan diri senior, so gelaran itu perlu datang dgn rasa hormat dari junior. Aku? Bilik junior la tempat aku melepak. Dengan junior pun aku keluar pergi bandar. Hormat tu subjektif. So, aku dgn adik2 semacam member juga. 

Melangkah ke ijazah (lewat satu semester dari sepatutnya) aku bertemu junior sebagai class-mate. Alhamdulillah. Tiada masalah. In the middle of all the phase above, ade ter'bergaduh', ter'laser', terambil hak orang..oopss..banyak sgt 'ter' yang membuatkan aku dan kawan2 menjarak. Masih, aku ingat dgn setiap seorang dari kawan2 aku itew. 

Years ahead, ade lah Friendster, Facebook yang membuatkan aku berjumpa kembali kawan2 rapat aku. But, the facts yang people change itew sangat betul. Seperti orang asing pulak. Ok. Pasrah. Ade jugak yang kawan2 yang purposely di block di laman sosial sebab nyampah amat dengan dia. Korang ade? Aku ade.

Pastu buat akaun sosial yang lain dan diprivatekan. Waduh2..Apa2 aja.. Terbaru, (dalam 3-4 bulan) aku dah tak aktif facebook atas banyak sebab. Semalam, aku login kembali. Yes, I missed a lot of event and news tapi none of them effect daily life aku. Kata si X,"Alaa..ko dah tak akif fb, cemane aku nak tag ko ni. Ade baju cantik bla bla bla.." "Alaa..ko dah hide fb ko, cemane kitorang nak contact2 ko nanti. Pape susah laa.." 
Aduhai cik X, kan ade talipon, buleh Halo-halo.. Kan ade internet, buleh wassap, viber, line, YM, bla bla bla bla. Jangan carik alasan.

Still, masih musykil kenape aku masih di cari secara diam-diam? Adakah itew membuktikan aku masih fofular?



* Sile ke blog art aku. Kot lah suka dan mahu menempah.

No comments: