Macam-Macam Adaa..

Wednesday

Aku Bohong



Kebelakangan ini aku memikul tanggungjawab lebih di pejabat. Buat aku penat, sakit dan takut. Ya takut. Allah S.W.T. seperti biasa, Maha Mengetahui celaru aku dan aku di sibukkan dengan tugasan luar. Alhamdulillah.


Hujung minggu aku pula aku memilih untuk ber’outdoor’dengan teman-teman lama dan baru. Perlahan-lahan aku keluar dari celaru walau rasa pahit di tangan kanan dan rasa masam di tangan kiri.

Kata-kata yang aku pegang waktu itu,mahu seperti burung terbang bebas. Tapi sampai bila si burung akan terus terbang? Petang tetap perlu pulang ke sarang bukan?

Hari ini aku sekali lagi ambil keputusan membelakangkan hati. Mahu larikan diri dan tapi makin mendekat.

Kenangan pahit aku datang kembali dalam bentuk manisan. Tapi bagaimana perlu aku buang gula-gula yang sedang aku kemam?

Terang-terangan aku berbohong. Bukan..Bukan pada kalian, tapi diri aku di dalam. Rindu yang ini serius buat aku hilang macho (memetik kata Lady Noe). Bukan..Bukan pada sang pahit yang bertukar manis, tetapi pada gula-gula yang sedang aku kemam.




Asma.. pandai-pandai ye..pandai-pandailah..




No comments: