Macam-Macam Adaa..

Khamis

Kenapa Buat Blog?



Blog ni kann, labah-labah dah bersarang, kucing dah beranak, itik bertelur, ayam menetas..Ehh..


Aku senang menulis pada waktu murung tapi tidak pada waktu gembira. Alasan kekangan masa tak laku dah sekarang. Sedih pulak tengok terbiar macam ni je blog nih. Tadi scroll balik ke entry-entry lepas. Seronok pulak baca catatan dulu. Tengok gambar anak-anak buah comel-comel je. Moment-moment tu aku langsung tak ingat. Lepas baca senyum sendiri dan terfikir, kalau moment-moment yang sekarang ni pun aku tak abadikan di blog, mungkin lagi 2,3 tahun pun aku akan lupa. Tiba-tiba datang semangat nak update blog semula. (sambil duduk betulkan kerusi dan posisi tegak, mata mengecil dan menghela nafas..!!)

Ok.


Kenapa buat blog? Sebab ingatan aku terhad. Aku mengaku susah nak ingat semua kejadian. Kegemaran aku mengimbau kisah lepas supaya aku lebih bersyukur akan masa sekarang dan appreciate masa akan datang.



Banyak hutang entry aku nak langsaikan kali ni. Gambarimasu to me...!


Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini