This is about trip to Japan with a very tight budget! For my memory and your reference.
Jepun
memang menjadi salah satu tempat yang aku nak sangat pergi sejak...sejak suka
tengok J-Drama (specifically jikalau pelakonnya adalah Takuya Kimura) dan jugak
tanpa berfikir, ambil Bahasa Jepun as third language masa di UiTM. Dengan
harapan akan ada peluang untuk belajar di Jepun (kofkofkof).
So, pada
2017-2018, selalu berburak dengan colleague ni pasal travel sebab dia pun kaki
travel dengan family. I keep talking to her about I wanted to go to Japan. She
keeps encouraging me 'Pergilah..pergilah..tengok ni tiket murah' (Siap tolong
tengok harga tiket untuk aku ya). What keeps me back from going to Japan
absolutely because I don't have enough money (of course) and keeps thinking
'Baik aku simpan duit ni untuk emergency'. And at last, we still used the money
and still we don't have any savings! (tepuk dahi). I've gone thru few series of
something that makes me wonder, what if I am not able to live longer to enjoy
the savings and this and that. Then comes the day when I think that, I will
live for today and tomorrow is a bless (if I am still alive).
During
summer on Japan, June - August the weather is hot as Malaysia but that is the
time when the flight ticket is cheap! Yes, C.H.E.A.P.! (There is other cheap
flight ticket for the other 3 seasons surely, it just that you kena rajin la to
do survey and such)
So, it has
been 2 weeks since I bukak Air Asia (AA) website every day, yes, every single
day. Countless times a day. Then I keep on sembang-sembang with my
colleagues about it. Then when I ask my husband, he refused to go (the reason
being is, we don't have any extra money). Ding-dong here and there, in 4th June
finally after Isya' prayer (on Ramadhan night 2018) I bought the ticket!
Woohoo. I will never forget the feeling after I made the payment and yeah...it
feels good! Fyi, I've been checking the ticket price quite regularly since
2013 ya. Minah angan-angan sangat aku ni kann =)
Early March
2017, when AA open their RM0 seat, I nearly bought the ticket but didn't make
it. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t maha hebat, Bapak passed away on 27th
March 2017. I don't dare to leave Mak to go anywhere for almost a year.
Back to the
Japan trip. Kami akan bertolak pada 23 Jun dan kembali pada 1 Julai 2018.
(beli tiket 19 hari sebelum ye, a very short period untuk travel jauh seperti
ini). Tolak hari penerbangan pergi dan balik, kami mempunyai 7 hari untuk ke
sana sini di Jepun nanti. Bila dah booking flight, selesai 1 perkara tapi
itinery satu habuk pun belum buat. Tolak Hari Raya yang jatuh pada 15 Jun, aku
hanya ada masa lebih kurang 10 hari untuk siapkan itinery kerana aku perlu buat
booking untuk penginapan pula. Kami nak sebelum Raya, semua dah setel supaya
dapat beraya dengan aman hati. ITINERY PERLU SIAP DAHULU sebelum buat booking
untuk penginapan ye tuan puan. Supaya anda boleh cari penginapan berdekatan
tempat yang akan anda pergi nanti.
Ok,
berkenaan booking membooking. Atas pengalaman kawan-kawan aku nak booking penginapan
menggunakan AirBnB tapi kami suami isteri tak punyai kad kredit sebab kami tak
nak tersalah guna atau terlebih guna. Memang seboleh-boleh nak elak dari
terikat dengan mana-mana kad kredit. Lepas aku tanya kawan-kawan yang selalu
travel, masing-masing beritahu mereka memang ada kad kredit. Aku buntu sekejap.
FYI, aku adalah pengguna Booking.com yang agak kerap. Sekiranya aku travel ke
mana-mana di Malaysia, Booking.com memang pilihan aku kerana ada beri pilihan
untuk bayar secara tunai atau kad kredit. Jadi aku cuba-cuba cari penginapan di
Jepun menggunakan Booking.com. YES! Ada banyak pilihan tempat yang sesuai
dengan budget kami walaupun aku akui, di AirBnb punyai pilihan yang lebih
murah.
Untuk panduan
korang, trip aku ke Jepun ni asalnya nak cover area:
Osaka-Kyoto-Karawamachi-Inari-Uji-Nara-Kobe-Himeji-Okayama
Tapi di
sana, ini yang dapat kami cover:
Osaka-Kyoto-Karawamachi-Inari-Uji-Nara-Kobe-Himeji-Okayama
Buat pengetahuan, ini adalah travel budget (travel bajet) yang kami olah sendiri mengikut kemampuan kewangan kami dan kudrat tulang 4 kerat bila sampai di sana. ketahuilah bahawa, there will be a lot of walking once you reached there. Believe me! Fuhh!!!
Ok. Dah
semakin menarik bila dah mula bercerita mengenai tempat-tempat yang kami pergi di
sana.
Paling
penting mesti korang nak tahu:
1)
Itinery
2)
Budget
3)
Tempat makan halal
Betul tak? Aku
cover bab Itinery dan lain-lain di next post boleh ya?