Macam-Macam Adaa..

Wednesday

Konnichiwa Japan - Intro (Trip bajet ke Jepun)



This is about trip to Japan with a very tight budget! For my memory and your reference. 

Jepun memang menjadi salah satu tempat yang aku nak sangat pergi sejak...sejak suka tengok J-Drama (specifically jikalau pelakonnya adalah Takuya Kimura) dan jugak tanpa berfikir, ambil Bahasa Jepun as third language masa di UiTM. Dengan harapan akan ada peluang untuk belajar di Jepun (kofkofkof).

So, pada 2017-2018, selalu berburak dengan colleague ni pasal travel sebab dia pun kaki travel dengan family. I keep talking to her about I wanted to go to Japan. She keeps encouraging me 'Pergilah..pergilah..tengok ni tiket murah' (Siap tolong tengok harga tiket untuk aku ya). What keeps me back from going to Japan absolutely because I don't have enough money (of course) and keeps thinking 'Baik aku simpan duit ni untuk emergency'. And at last, we still used the money and still we don't have any savings! (tepuk dahi). I've gone thru few series of something that makes me wonder, what if I am not able to live longer to enjoy the savings and this and that. Then comes the day when I think that, I will live for today and tomorrow is a bless (if I am still alive). 

During summer on Japan, June - August the weather is hot as Malaysia but that is the time when the flight ticket is cheap! Yes, C.H.E.A.P.! (There is other cheap flight ticket for the other 3 seasons surely, it just that you kena rajin la to do survey and such)

So, it has been 2 weeks since I bukak Air Asia (AA) website every day, yes, every single day.  Countless times a day. Then I keep on sembang-sembang with my colleagues about it. Then when I ask my husband, he refused to go (the reason being is, we don't have any extra money). Ding-dong here and there, in 4th June finally after Isya' prayer (on Ramadhan night 2018) I bought the ticket! Woohoo. I will never forget the feeling after I made the payment and yeah...it feels good! Fyi, I've been checking the ticket price quite regularly since 2013 ya. Minah angan-angan sangat aku ni kann =) 

Early March 2017, when AA open their RM0 seat, I nearly bought the ticket but didn't make it. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t maha hebat, Bapak passed away on 27th March 2017. I don't dare to leave Mak to go anywhere for almost a year.

Back to the Japan trip. Kami akan bertolak pada 23 Jun dan kembali pada 1 Julai 2018.  (beli tiket 19 hari sebelum ye, a very short period untuk travel jauh seperti ini). Tolak hari penerbangan pergi dan balik, kami mempunyai 7 hari untuk ke sana sini di Jepun nanti. Bila dah booking flight, selesai 1 perkara tapi itinery satu habuk pun belum buat. Tolak Hari Raya yang jatuh pada 15 Jun, aku hanya ada masa lebih kurang 10 hari untuk siapkan itinery kerana aku perlu buat booking untuk penginapan pula. Kami nak sebelum Raya, semua dah setel supaya dapat beraya dengan aman hati. ITINERY PERLU SIAP DAHULU sebelum buat booking untuk penginapan ye tuan puan. Supaya anda boleh cari penginapan berdekatan tempat yang akan anda pergi nanti.

Ok, berkenaan booking membooking. Atas pengalaman kawan-kawan aku nak booking penginapan menggunakan AirBnB tapi kami suami isteri tak punyai kad kredit sebab kami tak nak tersalah guna atau terlebih guna. Memang seboleh-boleh nak elak dari terikat dengan mana-mana kad kredit. Lepas aku tanya kawan-kawan yang selalu travel, masing-masing beritahu mereka memang ada kad kredit. Aku buntu sekejap. FYI, aku adalah pengguna Booking.com yang agak kerap. Sekiranya aku travel ke mana-mana di Malaysia, Booking.com memang pilihan aku kerana ada beri pilihan untuk bayar secara tunai atau kad kredit. Jadi aku cuba-cuba cari penginapan di Jepun menggunakan Booking.com. YES! Ada banyak pilihan tempat yang sesuai dengan budget kami walaupun aku akui, di AirBnb punyai pilihan yang lebih murah.

Untuk panduan korang, trip aku ke Jepun ni asalnya nak cover area:

Osaka-Kyoto-Karawamachi-Inari-Uji-Nara-Kobe-Himeji-Okayama

Tapi di sana, ini yang dapat kami cover:

Osaka-Kyoto-Karawamachi-Inari-Uji-Nara-Kobe-Himeji-Okayama

Buat pengetahuan, ini adalah travel budget (travel bajet) yang kami olah sendiri mengikut kemampuan kewangan kami dan kudrat tulang 4 kerat bila sampai di sana. ketahuilah bahawa, there will be a lot of walking once you reached there. Believe me! Fuhh!!!

Ok. Dah semakin menarik bila dah mula bercerita mengenai tempat-tempat yang kami pergi di sana.

Paling penting mesti korang nak tahu:
1)   Itinery
2)   Budget
3)   Tempat makan halal

Betul tak? Aku cover bab Itinery dan lain-lain di next post boleh ya?

Kalau nak aku e-mailkan itinery, e-mailkan request korang di nurasma85@yahoo.com.


Related post:

No comments: