Macam-Macam Adaa..

Saturday

Enam (6) Golongan Wanita Yang Tidak Layak Di Kahwini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah :

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah :

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah :

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah :

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


-KITAB MUHIMMAH-

* Semoga aku, kita tak tergolong dal 6 golongan yang ini..Aminn


Copy paste from here



Al-Fatihah

Pagi2 Apek call  "Nak bagitau ni, Nurul Izzati meninggal.."


Aku.." Hah???..Innalillah-wa inalillahirajiunn.." - Speechless..


Satu dalam kepala ni, betapa sedihnya sebab tak sempat mintak maaf..Mintak maaf Chaos..Banyak dosa aku kat kau..Banyak umpatan aku kat kau..Mintak maaf tak dapat jadi kawan macam yang kau harapkan..Mintak maaf untuk segala2nya..Sayangnya Allah S.W.T kat kau sebab amik kau dulu..Perginya kau membuka mata aku [mata kami] ..



 “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”

Tuesday

Kesedaran Sivik, Bukan Honda Civic

Pentingnya dalam setiap diri manusia itu ada kesedaran sivik..Maksud sivik tak dapat lah aku nak huraikan kat sini..sebab aku sendiri pun tak tahu maksud die..Hehe..

Tapi dapat aku bagi contoh die kat sini. Contoh orang tak ada sivik..

Contoh 1 : kite pegi supermarket Giant ke, Tesco ke, Jusco ke, pas membeli kite bawak troli tu ke tempat parking kereta..lepas aje sumbat all the stuff ke dalam bonet, troli tu terus kite tinggalkan kat sebelah pintu kereta kite, kite pun bodosup cabut..What happened to the trolley? Aku rasa [dan pasti] tiap car park kat supermarket ade sediakan tempat letak troli. Apalah salahnya letak balik ke tempat yang di sediakan? Aku dulu pun camtu, lepas unload troli, blah gitu je.. Tapi lepas kejadian kereta di langgar troli tak bertuan (yang di tinggalkan musibat mane tah) selepas di tolak angin bayu,  aku insaf.. cewahh

Contoh 2 : Mase jalan jam, kite pergi masuk lane kecemasan kat hiway padehal ramai je kot orang yang sabar menanti dalam traffic jam. Kalau yang lain leh sabar, kite pun kene lah sabar.Lane tu tuk emergency case, kes kite nak pergi tengok orang bersanding bukanlah kategori emergency ye kawan2...Boleh?

Contoh 3 : Hisap rokok pastu sembur asap rokok tu ke orang awam. Aku pernah lah kena, dan of courselah aku tempik orang itu..hehehe [aku ade penyakit cepat panas hati sket..hehe]

Contoh 4 : Mase basuh pinggan kat sinki rumah, kite tak buang sisa2 makanan tu ke tong sampah sebailiknya terus je basuh pinggan tu. Sisa2 makanan tu terus ke trap dan akan mem'block' saluran air dan menyebabkan sinki anda tersumbat ye kawan2..Mungkin anda tak kesah dengan bau busuk dan kelecehan apabila sinki asik tersumbat dan mengambil masa untuk surut airnya [dan kemungkinan tak surut2 pun ada], tetapi penghuni rumah anda tu kesah sebenarnya..



Jadi..Dapatkah anda mesej yang ingin aku sampaikan disini?

Kesedaran sivik itu penting ok!

Wallahualam