Macam-Macam Adaa..

Rabu

Banyak Berfikir


Aku hari-hari banyak berfikir. Terlalu fikirkan benda-benda. Pasal kerja, pasal majlis, pasal tunang, pasal duit, pasal orang, pasal esok hari, pasal harini, pasal semalam, pasal masa depan, pasal rumah, pasal nak balik Seremban, pasal benda-benda yang aku tau aku takkan dapat buat apa-apa.

Benda-benda ni yang menyemak dalam otak aku dan buat aku cepat down walaupun sebenarnya takda apa-apa pun. Terlalu berfikir ni buat aku menyimpang dan terus berfikir bukan-bukan.

Nak meluahkan tak terluah. Dah meluahkan pun masih terpendam. Kata-kata orang yang rapat dengan aku 'Jangan fikirkan sangat. Banyak mengadu pada-Nya.' 

Banyak berfikir ni buatkan aku x lapang dada. Banyak benda-benda lain yang perlukan perhatian aku yang aku abaikan. Memang bagus berfikir ni tapi terlalu banyak berfikir macam aku ni memang jadi masalah. Nanti nak bincanglah dengan tunang nak bagi otak aku ni centre sikit. 

Nak baliklah. Nak jumpa Mak. ~cry~  


"maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu"

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini