Macam-Macam Adaa..

Saturday

Annyeong haseyo Korea: Part 1




Assalammualaikum dan Annyeong haseyo..


Departure: 19 September 2012
Time : 9.00 a.m
Venue : LCCT, Sepang





Heee.. Still can't stop smiling every time remembering about my Korea Trip. Sangat seronok.. (^_^)


Untuk entry Korea trip ni aku akan buat beberapa part. Banyak sangat nak aku kongsikan yang aku harap boleh jadi panduan untuk sape-sape yang berhajat nak pergi sana.Aku harap aku boleh konsisten untuk habiskan entry Korea ini. Aminn..


Aku pergi ikut GTT (Golden Tour Travel) [6 Hari 5 Malam]. This tour travel is good in handling Muslim Group.Sangat peka dari segi makanan dan waktu solat. Aku ada google pasal GTT ni, ade feedback tak bagus, tapi Alhamdulillah utk group tour aku sangat bagus. Kebetulan pulak wakil tourgroup Malaysia, Brandon yang mengiring kitorang sepanjang di Korea adalah comel. Hee..Tour leader dari Korea, Mr. Bab sangat kelakar dan cekap. Cayalah.. Kebetulan [sekali lagi] pembantu tour leader / photographer dari Korea, Peter pun agak comel. Ngehehe..


Kami jadualkan berlepas waktu Malaysia around 9.00 a.m. dari LCCT, tapi disebabkan hujan lebat tanpa henti hampir 2 jam, penerbangan terpaksa ditunda. Cut short the story, our airplane berlepas lebih kurang 10.50 a.m. waktu Malaysia. Aku dapat seat paling belakang. Keburukan? Panasss ok. Orang lain sejuk, aku sorang je menggelupur panas (ok tipu, tak la sampai menggelupur, itu hanyalah metafora shaja). Kebaikan? Dekat dengan toilet, senang ngko nak pegi muntah.. Hahaha.. 


Keadaan panas yg tak berapa panas tulah yang buat aku dizzy jam pertama penerbangan dan jam terakhir penerbangan. Jam pertengahan aku tido, terjaga, tido , terjaga, tido balik, terjaga balik..Yaa, salah satu sebab aku pening jugak tu.. Sebaik aku bawak panadol sesiap. Lepas telan senang ko nak lelap. Ok. Akhirnya sudah mahu mendarat. Paling mencabar sebab aku pening kaw-kaw time passenger lain nak turun kapal. Aku terus masuk tandas dan muntah..Euww..Tapi sangat lega..Fuhh.. Keluar je tandas, kapal dah kosong. Foine! Sume tinggalkan aku..Ehh..Tetengok Kak Lina ade tunggu. Tengkiu ahkak!! Oh ye, lupe pulak. Aku pergi dengan office colleagues dan ikut Muslim group.



Musim aku pergi Korea adalah permulaan musim Luruh [Autumn].They said Autumn is the best season to go to Korea. Ingat dapat tgk daun-daun bertukar warna, tapi bukan rezeki group kami time tu, sebab daun-daun baru warm up nak tukar warna. Cuace sangat nyaman.Tak sejuk sangat, tak panas. I like! Pada sape-sape nak pergi Korea musim luruh nanti, just bawak selai dua jaket or sweater yang tak terlalu tebal k.. 

Waktu pagi dan petang bawak ke malam agak sejuk.Tengahari pulak matahari memancar terik, tapi tak lah panas sgt. But, still can make u sunburn. Silalah pakai sunblock mengelakkan kulit korang menjadi gelap [macam aku]. And please, pakai moisturizer/lip balm all the time untuk mengelakkan kulit/bibir korang mengelupas [macam aku jugak].. Sigh..



Ok. Aku sampai airport Incheon,Korea pukul 4 lebih [waktu Malaysia] atau 5 lebih [waktu Korea]. Sorry tak ingat nak tgk jam time tu sebab kepale pening-pening lalat lagi. FYI, waktu Korea hanyalah satu jam awal dari Malaysia. Waktu pagi die cepat cerah dan petang cepat gelap. Pukul 6-6.30 pagi matahari dah mula keluar dah. Dan pukul 5.30 petang, langit dah nak gelap dah.


Lepas ambil luggage, kami berjumpa Mr. Bab. Dialah yang lead our tour sepanjang kami di Korea. Gerak ke Bandar Seoul dan terus ke Itaewon. Itaewon adalah kawasan makanan Halal di Seoul. Banyak pilihan kat sini. Malam tu kami makan di Foreign Restaurant, makanan India. Dan straight check in ke hotel. Aku bermalam di Dong Seoul Hotel. 


Ok. Will continue on later on the next part on my next entry [tak tau la bile] , meanwhile enjoy the photo for Part 1 entry..[and more to come] 


 Ngantuk sebenarnye. Pukul 6.30 pg kot time ni.


Brandon




The rain was about to stop



Cantik kan? My first experience ni. Never before naik airplane



Journey taking about 6 hrs 30min. Harus makan uols, nanti gastrik









Tandas di Incheon Airport. Sangat Bersihhh!! Toilet seater ni, plastik die boleh bertukar otometik tau. Batak aku kejap. Haruslah snap!



Pintu otometik tuk tandas OKU.. ngaga lagi sekali..





Mr. Bab











 Dinner di Foreign Restaurant [Indian Food], Itaewon. Ala kadar je aku, mabuk tak ilang lagi




Suis lampu die punye la canggih.Pastu lampu depan pakai sensor.. Ngaa..!! Kagum..
 Siap ade room temperature. Patut la malam tu aku agak panas, rope2nye warmer terpasang..cit..!!



View from my room. Ade 7-eleven..hehe



Kad phone. RM15 @ 5000 won. Tiap-tiap hari boleh kol mak apak abang adik kakak boipren..hehe.. 98min kalau panggilan ke no. panggilan tetap atau 60min kalau panggilan ke no. hp dibuat.







Hehehe.. Makanan ruji aku lam bilik hotel.


Public phone untuk Hallo hallo orang di Malaysia




Cukup la tu kot ek? Baru arrival, gambar tak le banyak mane.



Tips sebelum bertolak ke Korea [Autumn]. Mesti bawak:

- International charger. Soket di sana tak sama dengan Malaysia. Soket sana 2 pin.
- Sunblock/moisturizer/lip balm. Cuaca sana sejuk dan kering. 
- Makanan tambahan dgn secukupnya. Kompem korang akan lapa di waktu malam. [megi, roti, 
  biskut ,jem, tuna, lauk segera dlm paket atau tin, serbuk minuman 3 in 1 -milo/nescafe/cereal 
  drink, etc]
- Kamera dan 2 bateri [Jadikan 1 bateri sbg back-up] Don't miss to snap the beautiful scenery 
  or you'll be sorry.
- Ubatan seperti Panadol, ubat tahan muntah, ubat selesema, minyak cap kapak, minyak yu 
  yee, minyak panas, koyok etc. Anything can be happened there. Trust me, all I mentioned 
  above sangat di perlukan di sana.
- Botol mineral Kosong. Tiap kali masuk tandas, sila isi botol dengan air di sinki, lepas tu 
  gunakan air tersebut untuk mencuci selepas anda 'ehem'..Dalam tandas dorang mmg takde 
  paip air okeyy..[tapi amazing walaupun dorang tak bersuci, tandas sgt sersih dan langsung 
  tak berbau]
- Drinking water. Minumlah air dengan banyak disana mengelakkan anda dehydrate ya.
- Untuk berjalan-jalan, sila la pakai kasut ye. Lebih selesa dari heels whatsoever, sbb anda 
  akan berjalan dgn banyak. Lagipun autumn agak sejuk, pakai kasut will make u comfortable.
- Tukar duit siap-siap dari Malaysia. 1000 won = RM2.85 [nilai berubah2 dari masa ke masa].
  Kalau korang tukar duit kat sana, die punya rate 1000 won = RM3.00/RM3.20. Rugi tau. 
  Bawak la spare Ringgit Malaysia jugak dan kad kredit. boleh guna waktu terdesak.
- Pen dan small note book. Pastikan tulis tiap kali ke mana-mana. Kalau korang nak berblog 
  nanti or nak buat jurnal, tak le payah sebab nama2 tempat kat sane panjang2 dan susah nak 
  ingat [susah nak sebut pun iye jugak..haha]. 
- Bawak kompas kiblat. Nanti dlm bilik hotel senang nak solat. Kalau tak jadi macam ade 
  orang tu, main yakin-yakin sendiri je..ahaiii...
- Bawak telekung je. Sejadah kalau ade yg kain punye leh la bawak. Tapi kalau jenis yg karpet 
  tebal tu, buat penuh beg je..Lagi2 kalau naik Air Asia yang limit to 15kg je luggage..aiseh.. 
  Aku dan roomate guna cadar.. Hehehe




Ok sambung nanti dlm Part 2... Gamsahamnida ...Assalammualaikum

Tuesday

Aidilfitri 2012

Wishing all reader

              Selamat
                        Hari
                             Raya
                                   Aidilfitri
                              Maaf
                       Zahir
               Batin

Thank you for reading my humble blog.

Wednesday

Macaroni Baked Cheese

Ok.. Resipi yang ini aku reka sendiri ikut suka..Hee.. Mula-mula google resipi, pastu sebab aku malas nak leceh-leceh dan tak nak beli ingredients yang mahal seperti Mozzarella cheese dan cendawan Shitake, aku reka la resipi sendiri. Resipi bodoh-bodoh saje.


Bahan-bahan:
- Bawang besar 1 biji (cencang halus)
- Bawang putih 7 ulas (cencang halus)
- Macaroni (aku pakai 1/2 peket-250g)
- Prego Spagetti sauce (Mushroom carbonara)
- Isi ayam (di potong kecik- banyak ikut suka-kalau suka boleh ganti dengan beef)
- Cheddar cheese (slice- 6 slice- nak tambah pun boleh)
- Carrot (potong dadu kecik-kecik)
- Susu segar
- Telur 2 biji
- Sedikit butter

































Cara-cara:

- Rebus macaroni. Then gaul dengan butter sket (Butter tu amiklah dalam 2 sudu)



- Tumis bawang putih dan bawang besar yang dah kita cencang tadi. (aku tumis gune butter, tak guna 
   minyak masak. Saje je..hehe..xde motip)
- Dah naik bau, masukkan isi ayam dan carrot pula. Time ni la nak tambah garam/perasa.


- Agak-agak ayam dah masak, masukkan prego sauce. (Dalam prego sauce tu dah ade mushroom sket,  
  kalau nak leh tambah mushroom sendiri ye.Button mushroom or shitake mushroom)



- Dah mendidih, masukkan telur yang dipukul kembang. Kacau-kacau..
- Then fresh milk (aku masukkan separuh kotak, nak abiskan pun boleh)
- Pastu tunggu mendidih lagi. Masukkan pulak cheddar slices



- Dah tu, masukkan pulak  macaroni yang dah direbus tadi. Gaul sebati.
- Ok. Nak makan macam ni je pun sodap dah. Did u see the chicken and mushroom? Did u? Did u? 
   Sedapnyee..Tapi , aku nak baked...



- So aku masukkan dalam mangkuk yang tahan microvave/oven (apo namo tah)
- Then aku potong-potong la cheddar cheese tadi susun atas die (macam lam gambar bawah)


- Then masukkan dalam microvave/oven. Aku bakar lam oven about 15-25 minit kot. Tak ingat lah. 



- The result. Abang aku kate kering. Haah.. Macaroni tak seimbang dengan sauce. Pastu aku ulang bakar 
   sebab nak bagi die panas untuk berbuka puasa itu jam. Memang kering lah. 










Tak lah sesedap kat kedai, tapi ok laaa..Anak-anak buah aku kate sedap, tu pun dah ok kot. Ngee...!!!

-P/S: Kalau letak mozzarella cheese lagi sedap kot, tapi awak resepi bajet, so be it.



Sekejap je dah Ramadhan ke- 26.



Bon Odori 2012

Salam


Ape kebenda Bon Odori ni? Orang Jepun percaya pada malam Bon Odori ni, nenek moyang dorang yang dah mati akan turun ke dunia. So, Bon Odori ni adalah welcoming festival tuk ancestors dorang tu lah..Hah..Jangan kau percaye pulak. Join saje-saje for fun tak salah kan..

Venue: Stadium Panasonic Shah Alam, Seksyen 20

Date  : 14th July 2012 





Ramai kan? Yelah, kitorang parking pun 2km away tau! Sampai terseliuh kaki haku ni..


Masa sampai, upacara dah pun bermula. Ala, dok buat tarian tradisi orang Jepun lah. Macam best je tgk ramai-ramai follow pusing stage. All the Japanese wear their traditional clothes, Yukata. (ala-ala Kimono) Jangan tak tau, orang kite pun ramai je pakai. Aku pergi la ushar ghege, RM200 ngko! Ok bai..



















Nak mendapatkan kipas nilah satu stadium kami pusing. Lambat datang, stock sudah habis. Dengan kebijaksaan adik si Lopap, dapatlah sorang satu kipas ni malam tu.



Banyak la gerai-gerai menjual makanan Jepun. Sushi la, Takoyaki la, bla bla bla.. Ramai jugak orang kita amik kesempatan berniaga jugak jual air, keropok, t-shirt dan macam-macam lagi la.



Family-family yang datang siap berpiknik kat tepi-tepi stadium dgn anak-anak. So, Bon Odori ni bukan setakat festival tuk orang Jepun, tapi untuk orang tempatan having their quality time with their family jugak laa..


Ok tahun depan nak pergi awal-awal. So, I won't miss the ritual and dapat parking dekat..