Macam-Macam Adaa..

Wednesday

I Wish

.



.



.





.





.





.






.





.






.






















































.



.
.
.
.
How I Wish I can...
blopp!!!!
.

.


.


.




Vanish


..

..
Sigh...


Friday

18.11.2011




Thanks for the wish and remembrance people.


..and yeah..never failed me, it's the day with conflict..duhh..!!

Wednesday

Samba Gesek @ Samba Montah


Apo koba sumo? Haghi ni den nak cito pasa satu resepi yang terbilang kek nogoghi smilan..Terbilang amek, tapi den baghu tau kewujudan samba ni minggu lopeh..Ghugi tak tau daghi awal2 laie..Omak la ni, tak buek an..

Kono la speaking Ghombau ..barulah ado jiwo nak bercerito..sapo tak beso, baco la polan-polan nak kasi paham yo..

Haghi sabtu lopeh den poie mah si Parah  ..Semang [memang] dah rancang nak main masak2 sobab kazen eh dapek daging korban dari opish eh..Jadi eh kitorang masaklah daging black pepper.."Eh.. takkan ni yo lauk eh kan?Ado kundang den bawan tang Pilah [kuala pilah] maghin kek dalam poti tu haa..meh sini den buek an samba montah koba si Parah..

Den semang tak ponah makan , tak ponah tau pasa samba gesek ni..Baghu tadi den talipon omak den kek Somban tanyo an pasa mondo alah tu. Nak tau apo jawab eh bilo den tanyo aposa tak ponah buek? "Ingat an kau tak gomar..Podeh bona.."   (-___-)'    Ayo lah haii..Den bukan gomar makan podeh2 ko mak oii??










Haa..apo te kau?? Nampak sodap tak?? Semang eh sodap...Camnia te kau [menjilek jari]..

Bahan2 eh:

- Cili api
- Ikan bilih
- Garam
- Buah masam [kundang, bolimbing buluh, bacang, manggo..]

Camano nak buek eh :

Tumbuk an cili api tu separuh hancur lam losung, peh tu masuk an ikan bilih montah yang dah basuh dan tumbuk an skali..buh garam..tumbuk laie..masuk an buah yang dah dipotong, dan tumbuk skali..

* Ado den google beberapo resipi..lain orang, lain caro eh..terpulang yo..

** Sapo2 tak paham perkataan2 kek ateh, jangan sogan2 tanyo yo..

Tuesday

From Seremban with Love


Hari ni aku m.c. Demam tak elok2.. Sakit kepala lagi..Masih di Seremban..Syok jugak lepak2 kat rumah .. =) Teringat time menganggur dulu..heh..Time menjual tudung dan kain dulu..Err..sekarang aku dah start menjual semula tau..sapa2 nak tgk tudung yang harga lebih rendah dari pasaran, datanglah rumah.. =) Sempat promote tuu..

Setahun lepas, waktu ni aku masih bekerja di site..Teringat macam2 hal time tu..Macam2 masalah tak boleh handle.. 

Petang ni dah nak balik ke sana semula..Boringgg....Mengenangkan workload melampau2 pun dah sakit kepala..Politik di pejabat..Berapa ramaikah di antara korang yang leh handle dengan politik di tempat kerja? Siape je boleh tahan kan? .Let it be..Itu yang terbaik..

Balik ke sini lagi sekali nanti, sibuk nak pergi kenduri kawen pulak.. Nak kepoh2 kat kenduri kawan2..boleh?



Psstt: korang tau tak nama penjahat dalam cerita Boboi Boy adalah Adudu??kah kah kah..
[ pengaruh anak2 buah lah ni..]





Saturday

Enam (6) Golongan Wanita Yang Tidak Layak Di Kahwini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah :

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah :

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah :

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah :

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


-KITAB MUHIMMAH-

* Semoga aku, kita tak tergolong dal 6 golongan yang ini..Aminn


Copy paste from here



Al-Fatihah

Pagi2 Apek call  "Nak bagitau ni, Nurul Izzati meninggal.."


Aku.." Hah???..Innalillah-wa inalillahirajiunn.." - Speechless..


Satu dalam kepala ni, betapa sedihnya sebab tak sempat mintak maaf..Mintak maaf Chaos..Banyak dosa aku kat kau..Banyak umpatan aku kat kau..Mintak maaf tak dapat jadi kawan macam yang kau harapkan..Mintak maaf untuk segala2nya..Sayangnya Allah S.W.T kat kau sebab amik kau dulu..Perginya kau membuka mata aku [mata kami] ..



 “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”

Tuesday

Kesedaran Sivik, Bukan Honda Civic

Pentingnya dalam setiap diri manusia itu ada kesedaran sivik..Maksud sivik tak dapat lah aku nak huraikan kat sini..sebab aku sendiri pun tak tahu maksud die..Hehe..

Tapi dapat aku bagi contoh die kat sini. Contoh orang tak ada sivik..

Contoh 1 : kite pegi supermarket Giant ke, Tesco ke, Jusco ke, pas membeli kite bawak troli tu ke tempat parking kereta..lepas aje sumbat all the stuff ke dalam bonet, troli tu terus kite tinggalkan kat sebelah pintu kereta kite, kite pun bodosup cabut..What happened to the trolley? Aku rasa [dan pasti] tiap car park kat supermarket ade sediakan tempat letak troli. Apalah salahnya letak balik ke tempat yang di sediakan? Aku dulu pun camtu, lepas unload troli, blah gitu je.. Tapi lepas kejadian kereta di langgar troli tak bertuan (yang di tinggalkan musibat mane tah) selepas di tolak angin bayu,  aku insaf.. cewahh

Contoh 2 : Mase jalan jam, kite pergi masuk lane kecemasan kat hiway padehal ramai je kot orang yang sabar menanti dalam traffic jam. Kalau yang lain leh sabar, kite pun kene lah sabar.Lane tu tuk emergency case, kes kite nak pergi tengok orang bersanding bukanlah kategori emergency ye kawan2...Boleh?

Contoh 3 : Hisap rokok pastu sembur asap rokok tu ke orang awam. Aku pernah lah kena, dan of courselah aku tempik orang itu..hehehe [aku ade penyakit cepat panas hati sket..hehe]

Contoh 4 : Mase basuh pinggan kat sinki rumah, kite tak buang sisa2 makanan tu ke tong sampah sebailiknya terus je basuh pinggan tu. Sisa2 makanan tu terus ke trap dan akan mem'block' saluran air dan menyebabkan sinki anda tersumbat ye kawan2..Mungkin anda tak kesah dengan bau busuk dan kelecehan apabila sinki asik tersumbat dan mengambil masa untuk surut airnya [dan kemungkinan tak surut2 pun ada], tetapi penghuni rumah anda tu kesah sebenarnya..



Jadi..Dapatkah anda mesej yang ingin aku sampaikan disini?

Kesedaran sivik itu penting ok!

Wallahualam