Macam-Macam Adaa..

Rabu

Kisah Seorang Blogger


Semalam aku menonton Tentang Dhia, housemate aku yang sorang ni pun join. Sambil makan, sambil menonton banyak gilak gossip pasal kisah2 terkini yang nak di sembangkan makcik ni. Tapi makcik ni decide boleh bercakap waktu iklan je, waktu drama kene concentrate tengok drama. Apa best sangat ke Tentang Dhia? Aku follow, jadi best la kot..Walaupun merepek sedikit di pertengahan cerita, tetap tengok..Layan saje channel yang ada, mentang2 takde Astro apatah lagi Astro Beyond.

Berbalik  kepada gossip2 kami petang semalam. Antaranya kisah budak ni kahwin gay, kisah macam mana kereta import makcik ni kena langgar lari, itu ini begitu begini dan paling menarik, kisah seorang blogger di lamar lelaki yang tak pernah di kenali. 

Aku bagi summary kisahnye, which I also not very clear, tapi boleh lah difahami. Kisahnya, blogger ni [bernama Dena] pada September lepas telah dilamar oleh seorang yang tidak pernah dikenalinya. Tiba2 family lelaki tersebut datang meminang. Okey, terkejut melompat2 bak beruk lah si Dena [okey tipu] .Mana si lelaki ni kenal Dena? Dengar cerita dari si pengkomen2 is, that man read her blog. He stalk her for how long tu I don't know la, dari situ hatinya terpaut pada Dena dan berusaha bersungguh2 mencari alamat dan lain2 berkenaan Dena. Tu yang tibe2 sampai je rombongan meminang tu..Tapi lepas beberapa ketika, setelah berfikir sedalam2nya mengambil nasihat ibu dan beristikarah, lamaran itu diterima Dena. Si lelaki pun memberi hadiah kepada si Dena [which hadiah itu adalah salah satu dalam wishlist si Dena ni]Dan siap buat video penerimaan lamaran yang suwit giteuw..[terikut2 budaya text budak2 zaman sekarang pulok] Boleh tengok di Tiub Awak. Memandangkan opish aku block laman sosial dan seangkatan dengannya tak dapatlah aku nak bagi link. Korang type je Dena Bahrin dan search kat Tiub Awak tuk video dan kat Gugel tuk blog beliau. 

Mesej dari kisah ini yang jadi perhatian bloggers2 adalah, kisah jodoh yang di pilih keluarga di zaman canggih ni dan lamaran itu di terima untuk mendapat keredhaanNya. Satu dalam seribu kot kisah gini di jaman ini..Dah bertunang dah last weekend..Yeah, Dena is a sweet girl, sopan aje pakaiannya dan dalam penulisan blog, ada terselit unsur2 Islamiah di tonjolkan. Lelaki yang datang meminang tu pun good looking, sesuai sangat sama Dena [sila tonton video untuk melihat wajah lelaki tersebut ya]

Mesej tak digalakkan pula  adalah, ramai2 lah buat blog dan letak gamba2 kiut miut supaya blog anda di stalk dan anda di pinang..Har har har.. 

Ini orang kata jodoh dari Allah SWT. Tiba2 aku terfikir, selama aku berpasangan dengan pakwe aku ni, ke jinjang pelamin kah kami?Selama kami berpacaran ni, banyak dosa dah terkumpul [pegang tangan jangan nak denylah kapel2 di luar sana ya]..Kisah ni boleh kite ambil iktibar. Boleh?

Thanks Dena for sharing the story. 





*Eh..apahal aku takleh tuka warne font plak??Hadoii..




Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini