Macam-Macam Adaa..

Isnin

Mean Monday #1

Tak sukalah orang hipokrit..Aku pun tak suka nak menjadi hipokrit..Tapi ada masa2nya, sesiapa pun akan terpaksa menjadi hipokrit dek keadaan sekeliling..Kan?Ke tak?

Hari ni mood aku berada di tahap 1 [Tahap 1-10 merujuk 1 paling batu-bata, dan 10 paling best meletop-pop-pop]..ya.. mood aku di kedudukan paling dukacita..

Memang arini aku makan gaji buta lah kot..Fikiran aku merewang2, melayang2, terawang2..Aku tahu lah penyebab die, sebab aku terpaksa buat senyum paksa, terpaksa melayan kerenah orang besar di tempat kerja, keadaan kesihatan tak berapa meletop-pop-pop dan sebab terpaksa jadi hipokrit lah..Bila aku terpaksa berbuat sesuatu yang aku sendiri tak redha [..TERPAKSA.] mood terus lah jatuh merudum.

Iyalah, hidup ni umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah..Ada pasang surutnya..Ada give and take [geli terpaksa give and take dgn yang kita tak setulus hati suka..wekkkk!!]

Aku jenis bukan kaki kipas..Tak reti ambil hati..Tak reti purak2 mesra..Okeylah, lepas ni google macam mane nak jadi 'kaki kipas kesayangan' ..duhhh..

Hilang dan Lenyap ketenangan yang aku bekal dari seremban..Tak ape, cari rezki punya pasal, telankan aje peria pahit dalam2. Nanti aku basuhlah dengan cendol Haji Shariff tengah2 pekan.

Aku penat. Tak secure pun ada..

Ok. Tata

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini