Macam-Macam Adaa..

Wednesday

Banyak Berfikir


Aku hari-hari banyak berfikir. Terlalu fikirkan benda-benda. Pasal kerja, pasal majlis, pasal tunang, pasal duit, pasal orang, pasal esok hari, pasal harini, pasal semalam, pasal masa depan, pasal rumah, pasal nak balik Seremban, pasal benda-benda yang aku tau aku takkan dapat buat apa-apa.

Benda-benda ni yang menyemak dalam otak aku dan buat aku cepat down walaupun sebenarnya takda apa-apa pun. Terlalu berfikir ni buat aku menyimpang dan terus berfikir bukan-bukan.

Nak meluahkan tak terluah. Dah meluahkan pun masih terpendam. Kata-kata orang yang rapat dengan aku 'Jangan fikirkan sangat. Banyak mengadu pada-Nya.' 

Banyak berfikir ni buatkan aku x lapang dada. Banyak benda-benda lain yang perlukan perhatian aku yang aku abaikan. Memang bagus berfikir ni tapi terlalu banyak berfikir macam aku ni memang jadi masalah. Nanti nak bincanglah dengan tunang nak bagi otak aku ni centre sikit. 

Nak baliklah. Nak jumpa Mak. ~cry~  


"maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu"

Farrah's Wedding



Entry ini sebenarnye sudah basi. Tapi aku nak jugak publish sebab this will be my last review my friend wedding of 4 Perempuan. Dari dulu aku buat review majlis tunang dan majlis sanding mereka aku buat entry di sini , sini, sini dan sini

Masa majlis si Farrah ni (mesra si sapa Misah oleh aku) aku ditugaskan jadi pengapit. Aku tak nak, tak nak, tak nak (sila baca dalam nada Prof Izi Hj. Ali) tapi sebab nak tolong kawan aku OK kan aje. Dan dan pulak aku kene cirit birit mase majlis akad die dan mase sanding aku demam pulok. Tapi both ceremony aku attend cuma tak agresif sgt amik gamba sebab tak sehat. Sampaikan aku tak beli adiah wedding tuk die. Sian die. Sampai arini aku masih pikir nak bagi adiah ape ke die ni. Sorry Misah. Huu..



 Puan Atiqah ade anak umur 2 tahun dah. 


 Bunting include dalam pakej photographer



 Mekap akad dah siap. Ready ke Masjid Taman Paroi Jaya

Baby Aridzz, anak Zila

Farrah dan Suami, Ajak

Guestbook tak seberapa dari aku. yang bodohnye aku pegi amik duit si Farrah. Padahal aku niat nak adiahkan aje.

Cantik kan baju si perantin..hee






Gambar ni di ambil dari Instagram Nina. Jauh Nina datang. Baik budak ni..



Ok till then. Wasalam 

Friday

Sakit Sebagai Teguran

Salam Ramadhan ke-10

Bulan lepas buat pertama kalinya aku kena masuk wad hospital besar. Wad biasa, sepital kerajaan. Demam aku tak kebah-kebah dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. 6 hari aku hilang kata-kata, hilang punca. Hari ke-tiga, mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan aku. Terdiam tak terkata. Nak menangis air mata tersekat. Dalam hati Allah S.W.T yang tahu. "Bila awak dah keluar wad nanti kami akan rujuk awak ke pakar ok. Jangan risaulah, takde pape" Ayat doktor nak sedapkan hati aku. Gelisah. Hari ke-empat di hospital betul-betul kehilangan punca, menangis bertutupkan bantal di katil. Mata membengkak. Masih lagi aku pura-pura biasa dengan pelawat yang datang. Seterusnya hari ke-enam dibenarkan balik.






2 Minggu lepas ke klinik pakar O&G, lemah kaki berjalan masuk. Setelah diperiksa terperinci, aku disuruh balik. "U don't need to come and see us anymore. I tak nampak apa-apa pun ". Lagi aku keliru bertambah lemah. "Oh, mungkin doktor yang check awak haritu tersalah tengok".. Tapi aku yakin aku pun lihat sama. Terasa mahu sujud syukur. Alhamdulillah aku ok. Cuma yang merisaukan aku kuman Group A:Strep dalam badan aku ni menyukarkan hidup aku di masa depan. Patutlah aku selalu demam.


Kisahnya jugak, abang aku di S2 pun masuk wad di hospital berdekatan rumahnya dan angkara kuman dalam darah. Masuk wad sehari awal dari aku, keluar awal 2 hari. Puas mencari silapnya,kami berfikiran mungkin diusik "mereka", mungkin juga sekadar diuji oleh Nya.

Pengalaman aku sakit dan di uji tempoh hari meyakinkan aku, Allah S.W.T mahu menegur aku yang lalai. Ini aku rasa keajaiban lagi hebat dari Tembok Besar China dan Pyramid sana.

Alhamdulillah syukur, Dia sudi menegur.