Macam-Macam Adaa..

Monday

Annyeong haseyo Korea: Part 4


Salam semuaa...!!

Ye..Setahun berlalu dan sudah mahu ke trip yang lain pun..Masih lagi nak buat entry ke Korea. Hihihi.. Untuk kenangan diri sendiri di masa depan.



Hari ke 3
Masih hari ke 3..Selepas turun dari kawasan Athena Ski, maka sampailah aktiviti feveret aku, makann..



 Biasanya akan ada satu 'hot pot', dan 5 jenis lauk in small portion. Sayur ijau tu nampak biase-biase je kan? Sebenarnye tu lah yang buat aku berselera. it's a seaweed actually. Time makan memang tak akan dihidangkan air manis, just air putih aje.

 Super hero aku kat sane, cili potong yaw! 

 Dengan kakak tiri lain mak, lain bapak.haha

 Next destination, naik beskal/beca atas rel ketapi. Change the abandoned rail to a tourist attraction. Good!




 Pit stop. Lek-lek tengok view setelah mongah berkayuh. Klik-klik sini sana kejap.








Terus mengayuh, masuk tunnel..Dalam tunnel pun ade laser show 









Maka, berakhir sudah seksa mengayuh beca atas rel lagi-lagi kat kawasan bukit tadi, kami terus ke Hotel Del Pino, our 3rd hotel on 3rd day.
Sini memang sejuk. Bapak sejuk. Menarik sebab kami dapat tido Korean style (tak ingat nama apa dah). Bantal die berisi kekacang. Tengok macam keras, tapi bile tido memang lena dan bile bangun esoknye rase sangat segar.
Bilik die lengkap fridge, dapo and that small thing yang boleh masuk nasik, boleh baked cake etc.




Sementara tunggu dinner, dok jalan-jalan kat lobby hotel..Maka berlakulah aktiviti biasa, menalipon orang kat meleysia..hahaha..

Sape-sape minat tengok cite Korea mesti kenal teddy bear itu..kompem!



Our dinner, masak sendiri sotong dan udang anda yer..Nyummm..





Lepas makan bersiar-siar di kawasan hotel kejap nak menikmati udara yang sangat segar dan sejuk. Ade la this structure ala-ala stonehedge gitu.


Dalam dok jalan-jalan baru perasan tiap pokok ade pakai alat yang masuk air kat hospital tu. tak tau apa nama. Good huh..takpayah sesusah nak siram..


Hari ke 4




Morning view from my room.

Gunung Kipas sebab katenye ade rupe kipas.. Ade ke? 


Sepatah haram tak paham. Nak tanye tour leader tapi die bizi tah ke mane.

Maka sampailah kami ke kawasan Mount Soerak.( di sebut sorak)


Maka bermulalah saat2 aku pening. Masa kat sana aku jadi pelik. Asal naik kenderaan je pening..Lagi2 keta kabel yang bergoyang2.. Dalam pening2 sempat snap view =)


Dah sampai station kat atas kena daki sendiri lagi nak ke puncak. All the way aku jumpe banyak batu yang disusun2 camni..


Haa...ini dah kat atas. Bile aku selidik2, rupe2nye kepercayaan dorang ni batu disusun camni melambangkan keharmonian. Lagi tinggi lagi bagus.

Puncak Mount Soerak nun diatas tempat yang terpacak bendera tu.. Can u see? Can u?


Jumpe lagi miracle of nature. Pokok banyak yang menuju ke satu arah saje seperti di atas. Agaknye faktor angin. Atas sini memang sentiasa berangin.


Sampai tido Mr. Brian ni haa..

Haa..Lagenda Mt. Soerak. Bacelah sendiri..hehe


Eskrem yang tak cair-cair. Kat sini selamat makan eskrem sebab bahan-bahan die bukan dari non-halal. 

Bile dah turun ke bawah, jalan-jalan lagi di area situ. Kagum dengan seni halus architechture. 
Ni lebih kurang bangunan tradisional Korea. Aku sorang je eksaited nak bergambar, last-last amik gmbar jelah without me in the picture. FYI, ai tak suka bergambar seorang.




Area tokong dorang. 

Ku harapkan daun ini sudah bertukar warna ke warna jingga sebab mase tu autumn, tapi permulaan autumn daun tak bertukar warne lagi. Kempunan..




Lunch time..!!
So, here we are at Nami Island pulak!



Legend betul pemandangan ini..kan?


Daun baru bertukar sikit. Gayat sangat kami nak tengok..hehe

Haa..kalau nak tau, kat Nami Island nilah tempat cerite Winter Sonata. Tempat ni glamer sebab cerite tulah. (aku tak tengok pun, tapi taulah..) 

Tempat first kiss pun nak bagitau. Plus tempat orang salji sebelah tu.

Tempat bercinte pun nak buat tugu..Tak termasuk lagi dorang letak beskal couple ni naik pastu ramai2 buat wish untuk cinta sejati..Ek eleh..

Yang ni aku pelik..haha

Nampak macam snowman biase kan?

Tuding botol rupe2nye..







This statue memang banyak kat Nami Island ni. Melambangkan harmoni bagi kepercayaan dorang. Ade name untuk statue ni, aku tak ingat. Lupa pulak, kat Nami Island ni ade Surau tau. Very convenience. I Like.


Pastu kelam kabut la kami ke jeti, nak kejar next ferry untuk balik ke Seoul semula. 

Yeayy.. dah sampai Seoul balik..No more foe hour in bus to travel from one place to another.

Kami terus dinner dan selepas itu ke Doota for our first shooping. Aku aim souvenir je pun nak bagi kat family nanti.







Bagi aku yang tak bawak banyak sangat duit ni, souvenir memang mahal kat sini.. Hmm..Souvenir aku je dah beratus-ratus.. Hmm.. Lepas dah beli souvenir sementara sampai waktu berkumpul aku ajak kak lina buat tour sendiri. Basically Doota ni dalam area shopping area. Ade 4 mall. Doota, Milliore, dan lagi 2 aku lupaa..
Aku saje tengok street life dorang.. 









Mister jaga lalulintas pakai suit okeyyyy.. 

(10,000 Won~RM 28-30)

..to be continue..lagii... =)


Annyeong haseyo Korea: Part 5 (final)
Annyeong haseyo Korea: Part 3
Annyeong haseyo Korea: Part 2
Annyeong haseyo Korea: Part 1

Wednesday

Banyak Berfikir


Aku hari-hari banyak berfikir. Terlalu fikirkan benda-benda. Pasal kerja, pasal majlis, pasal tunang, pasal duit, pasal orang, pasal esok hari, pasal harini, pasal semalam, pasal masa depan, pasal rumah, pasal nak balik Seremban, pasal benda-benda yang aku tau aku takkan dapat buat apa-apa.

Benda-benda ni yang menyemak dalam otak aku dan buat aku cepat down walaupun sebenarnya takda apa-apa pun. Terlalu berfikir ni buat aku menyimpang dan terus berfikir bukan-bukan.

Nak meluahkan tak terluah. Dah meluahkan pun masih terpendam. Kata-kata orang yang rapat dengan aku 'Jangan fikirkan sangat. Banyak mengadu pada-Nya.' 

Banyak berfikir ni buatkan aku x lapang dada. Banyak benda-benda lain yang perlukan perhatian aku yang aku abaikan. Memang bagus berfikir ni tapi terlalu banyak berfikir macam aku ni memang jadi masalah. Nanti nak bincanglah dengan tunang nak bagi otak aku ni centre sikit. 

Nak baliklah. Nak jumpa Mak. ~cry~  


"maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu"

Farrah's Wedding



Entry ini sebenarnye sudah basi. Tapi aku nak jugak publish sebab this will be my last review my friend wedding of 4 Perempuan. Dari dulu aku buat review majlis tunang dan majlis sanding mereka aku buat entry di sini , sini, sini dan sini

Masa majlis si Farrah ni (mesra si sapa Misah oleh aku) aku ditugaskan jadi pengapit. Aku tak nak, tak nak, tak nak (sila baca dalam nada Prof Izi Hj. Ali) tapi sebab nak tolong kawan aku OK kan aje. Dan dan pulak aku kene cirit birit mase majlis akad die dan mase sanding aku demam pulok. Tapi both ceremony aku attend cuma tak agresif sgt amik gamba sebab tak sehat. Sampaikan aku tak beli adiah wedding tuk die. Sian die. Sampai arini aku masih pikir nak bagi adiah ape ke die ni. Sorry Misah. Huu..



 Puan Atiqah ade anak umur 2 tahun dah. 


 Bunting include dalam pakej photographer



 Mekap akad dah siap. Ready ke Masjid Taman Paroi Jaya

Baby Aridzz, anak Zila

Farrah dan Suami, Ajak

Guestbook tak seberapa dari aku. yang bodohnye aku pegi amik duit si Farrah. Padahal aku niat nak adiahkan aje.

Cantik kan baju si perantin..hee






Gambar ni di ambil dari Instagram Nina. Jauh Nina datang. Baik budak ni..



Ok till then. Wasalam 

Friday

Sakit Sebagai Teguran

Salam Ramadhan ke-10

Bulan lepas buat pertama kalinya aku kena masuk wad hospital besar. Wad biasa, sepital kerajaan. Demam aku tak kebah-kebah dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. 6 hari aku hilang kata-kata, hilang punca. Hari ke-tiga, mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan aku. Terdiam tak terkata. Nak menangis air mata tersekat. Dalam hati Allah S.W.T yang tahu. "Bila awak dah keluar wad nanti kami akan rujuk awak ke pakar ok. Jangan risaulah, takde pape" Ayat doktor nak sedapkan hati aku. Gelisah. Hari ke-empat di hospital betul-betul kehilangan punca, menangis bertutupkan bantal di katil. Mata membengkak. Masih lagi aku pura-pura biasa dengan pelawat yang datang. Seterusnya hari ke-enam dibenarkan balik.






2 Minggu lepas ke klinik pakar O&G, lemah kaki berjalan masuk. Setelah diperiksa terperinci, aku disuruh balik. "U don't need to come and see us anymore. I tak nampak apa-apa pun ". Lagi aku keliru bertambah lemah. "Oh, mungkin doktor yang check awak haritu tersalah tengok".. Tapi aku yakin aku pun lihat sama. Terasa mahu sujud syukur. Alhamdulillah aku ok. Cuma yang merisaukan aku kuman Group A:Strep dalam badan aku ni menyukarkan hidup aku di masa depan. Patutlah aku selalu demam.


Kisahnya jugak, abang aku di S2 pun masuk wad di hospital berdekatan rumahnya dan angkara kuman dalam darah. Masuk wad sehari awal dari aku, keluar awal 2 hari. Puas mencari silapnya,kami berfikiran mungkin diusik "mereka", mungkin juga sekadar diuji oleh Nya.

Pengalaman aku sakit dan di uji tempoh hari meyakinkan aku, Allah S.W.T mahu menegur aku yang lalai. Ini aku rasa keajaiban lagi hebat dari Tembok Besar China dan Pyramid sana.

Alhamdulillah syukur, Dia sudi menegur.