Macam-Macam Adaa..

Jumaat

dan..perkara2 begini slalu terjadi kepade saye..

hello all..hihi

Semalam aku mcm dah lepaskan peluang pekerjaan..ape2lah..malas nak pikir,bende dah lepas..

hmm...aku baru je tgk contoh2 soklan MTEST [baru nak tgk padehal esok adelah hari test .. =/ ]..Masyaallah..poning aku..seriesly,pening..tawakal jelah..sbb aku xsempat nak stady buku contoh soklan MTEST..xsempat de dlm mase 3 ari nak beli [sbb aku tau 3ari yg lepas].. pagi td ade plak org soh dtg intbiu kul 9pg sok..camane??esok ade MTEST..aku mintak tangguh hari lain,die mcm xbg je [padehal die bleh tnye bos die dulu..ini terus cakap xboleh..ape la pnye kerani..] sedih jugak sbb mcm terlepas peluang yg bagus..kompeni ni ade relate dgn gomen..[walopun post diploma,peluang yg baik kot..]..pikir..pikir..pikir..[pikir mase masak paprik tadi..hehe poyo je nak eksyen rajin masak la tu..]maka,aku pun terpakse la decide utk go for KPLI..

Lagi berite baik berkenaan test2 ni..will go for PTD punye test lagi 2weeks..aku kene ade skrol and transkrip degree..hmm..aku xde lagi sbb lom konvo..ishk.. dah ushar soklan PTD..pon poning..so,next week aku kene pakse mak aku teman g Biro Penerangan utk amik buku2 yg patut yg berkenaan politik,dasar2 ekonomi..bla bla bla...



contoh soklan KPLI

Contoh Soalan Perbandingan Kuantitatif

Soalan perbandingan kuantitatif merangkumi dua soalan matematik, satu di Ruang I dan satu lagi di Ruang II. Calon dikehendaki menetukan kuantiti atau nilai kedua-dua ruang dan menandakan jawapan A, B, C dan D seperti berikut:

A Jika kuantiti di RUANG I lebih besar daripada kuantiti di RUANG II
B Jika kuantiti di RUANG II lebih besar daripada kuantiti di RUANG I
C Jika kedua-dua kuantiti adalah sama
D Jika perbandingan tidak dapat ditentukan berdasarkan maklumat yang tidak cukup


Contoh 1:

Ruang I Ruang II
3 x 40 = 120

Penyelesaian:

120 sentiasa lebih besar daripada 28

Jawapan : A
14 x 2 = 28


Contoh 2:
Ruang I Ruang II
25%
Penyelesaian:

25% = 1 : 4 manakala 12 : 36 = 1 : 3

Jadi, 25% sentiasa lebih kecil daripada 12 : 36

Jawapan : B
12 : 36


Contoh 3:

Ruang I Ruang II
75 x 80
100

Penyelesaian:

60 sentiasa sama dengan 60

Jawapan : C

240 = 60
  
Contoh 4:

Ruang I Ruang II
(A + B)

Penyelesaian:

A dan B tidak ditentukan kuantitinya,
maka perbandingan tidak dapat dilakukan
Jawapan : D
(A - B)




contoh soklan PTD

Contoh Soalan
 
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
 
  A. Penubuhan ASEAN.
  B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
  C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
  D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
  E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
  Jawapan - B
   
2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
   
  A. Beragama Islam.
  B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
  C. Keturunan Melayu.
  D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
  E. Menjadi warganegara secara masukan.
  Jawapan - D


Contoh Soalan
   
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.
  C. Profesor Ekonomi.
  D. Penganggur.
  E. Peguambela dan Jururawat.
  Jawapan - D
 
Penjelasan
 
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
 
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
 
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
 
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.
 
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
 
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah
 
  A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
  B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
  C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
  D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
  E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
  Jawapan - C
 
Penjelasan
 
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.




See..???pening kan? hehe..ok..lupe lak..nak congrats tuk Kema+Awang [kawan mase wat diploma dulu] kerane dapat baby girl 3 ari yg lepas..nak congrats awal2 tuk fedi and hana who will get married [fedi mei ni.hana june..]...and to Una..[xtau bile..hikhik..]


gtg all.......

 

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini